
Isi Kandungan
ToggleLauk masak lemak cili api Negeri Sembilan ada pelbagai, salah satu yang jadi kegemaran ramai adalah ikan keli salai masak lemak cili api.
Tapi istimewanya perkongsian resipi ikan keli salai masak lemak cili api dari Shafizan Bin Isa, ia menggunakan buah binjai sebagai penambah keenakan lauk ini.
Resipi keli salai masak lemak cili padi dan binjai
Bahan-bahan
12 ketul ekor keli salai
20 tangkai cili padi -kisar
4 hiris kunyit -kisar (sebesar ibu jari)
1 biji buah binjai -hiris
Garam -secukup rasa
Santan dari dua biji kelapa
Cara membuat
1. Masuk bahan kisar Bersama garam dan santan dalam periuk. Tunggu sampai mendidih.
2. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk elak kuah cantik, tidak pecah minyak.
3. Selepas mendidih masukkan buah binjai (kebiasaanya guna belimbing buluh atau daun selom) yang sudah dihiris. Biar sampai naik bau.
4. Akhir sekali masukkan ikan keli yang disalai. Biarkan kuah mendidih selama 10 minit.
5. Kecilkan api dan biar kuah mereneh untuk serap dalam ikan yang disalai. Siap.
Sumber: Shafizan Bin Isa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kari Ikan Siakap. Masak Macam Ni Memang Terlajak Sedap

Terasa nak makan sajian kari enak? Boleh cuba resipi Kari Ikan Siakap perkongsian saudari Mastura Razali ni. Ringkas, tidak menggunakan terlalu banyak bahan serta rasa pastinya enak. Lengkap dengan aneka sayur-sayuran juga. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KARI IKAN SIAKAP SEDAP
BAHAN KISAR:
4@5 ulas bawang merah – beli online disini
1 ulas bawang putih – beli online disini
1 hiris lengkuas
1 hiris halia
2 hiris serai
1 sudu teh rempah campuran ketumbar & jintan manis
BAHAN TUMIS:
1 sudu makan halba campur – beli online disini
Rempah 3 sekawan
Daun kari
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
BAHAN SAMPINGAN:
Santan
Gula melaka/nisey – beli online disini
Garam
Bendi
Terung
Cili hijau
Tomato
CARA MEMASAK:
1.Satukan rempah kari ikan, serbuk cili dan serbuk kunyit. Bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2.Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dengan daun kari. Kemudian masukkan halba campur.
3. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing.
4. Kemudian masukkan pes campuran serbuk kari tadi bersama 1/2 biji tomato. Masak sampai garing/pecah minyak menggunakan api perlahan.
5. Masukkan sedikit air dan gula melaka/nisey.
6. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan ikan dan sedikit garam.
7. Masukkan santan. Bila kuah sudah mendidih, boleh letak sayur-sayuran.
8. Boleh tambah garam, gula, aji terpulang ikut selera masing-masing. Sesuaikan rasa.
9. Bila sudah sedap boleh tutup api.
10. Kari Ikan Siakap sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Baru Puas Makan. Resipi Cendol Mudah & Sedap Untuk Berbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
KKM Arah 2 Produk Ikan Sardin Tin Keluaran China Ditarik Balik Dari Pasaran Tempatan.

Kecoh di media sosial mengenai laporan penemuan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin tin yang diimport dari negara China. Kes yang berlaku di Indonesia itu telah menyebabkan pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produk dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan medianya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Sehubungan itu menurut beliau lagi, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk-produk tersebut dari pasaran.
KKM juga akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Membuka Selera

Isi Kandungan
ToggleBuntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
- 500ml santan pekat
- 250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
- 150gm daun kaduk
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 16 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk,
- Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
- Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
- Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
- Selepas dua minit masukkan siput sedut.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm paru | rebus dan hiris nipis
- 1 sudu air asam jawa
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili merah
- 5 ulas bawang
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
- Gaul rata kemudian tutup api.
- Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan sos cili
- 5 biji cili padi | dikisar
- 4 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji bawang besar Holland | dihiris
- 1cm halia | dihiris halus
- Sedikit serbuk lada hitam
- 8 biji cili padi | dibuang tangkai
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
- Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
- Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
- 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih |cincang
- 3cm halia | hiris halus memanjang
- 2 batang serai | titik
- 2 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji cili hijau | hiris serong
- 1 batang seleri |hiris serong
- 1 sudu serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
- Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
- Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau lagi seketika dan tutup api.
- Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang| hiris nipis
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- 1 batang seleri | hiris serong
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan yogurt
- 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunya lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
- Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
- Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan panas-panas .
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: