Ikan Kembung Percik, Lauk Sedap Membuka Selera

Share

Ikan kembung adalah antara ikan yang selalu jadi pilihan untuk dibeli oleh surirumah. Ini kerana isinya banyak tapi harganya tidaklah terlalu mahal. Apa kata cuba buat ikan kembung percik. Cipta kelainan dengan memasak percik selain daripada digoreng atau dibuat masak sambal sahaja.

IKAN KEMBUNG PERCIK

BAHAN-BAHAN
• Kunyit dan garam untuk dilumur pada ikan
• 5 ekor ikan kembung
• 4 cawan santan
• 7 ulas bawang merah (dikisar)
• 1 Ulas bawang putih (dikisar)
• 1 inci halia (dikisar)
• Sedikit kunyit hidup (dikisar)
• 2 sudu besar cili kisar
• 1/2 sudu kecil belacan
• 1 sudu kecil asam jawa
• 3 batang serai (diketuk)
• 1 sudu kecil halba
• Garam dan gula

CARA MEMBUAT
1) Lumur kunyit dan garam pada ikan kembung. Kemudian bakar atau panggang sehingga masak.
2) Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.
3) Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan. Siap.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Unknown dari Telegram KakiMakan

IKLAN