Ikan Kerapu Celup Tepung 10 Rasa, dengar nama menu pun pasti dah dapat bayangkan pelbagai jenis rasa yang akan dapat dinikmati bila makan hidangan ini.
Resipi yang diinspirasikan oleh usahawan terkenal Dato Vida ini turut dicuba oleh Zurina Zulkefli buat hidangan di rumahnya. Resipi asal menggunakan ikan siakap, namun Zurina memilih untuk menggunakan ikan kerapu.
Ternyata ia satu kombinasi bahan-bahan yang cukup unik dan menyelerakan. Nak membuatnya cukup mudah seperti resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
✓ 1 ekor ikan kerapu
✓ Tepung goreng serbaguna
✓ 1 sudu besar pes asam jawa
✓ 1 ketul mini gula melaka (ditumbuk hancur)
✓ 1 mangkuk kecil sos ikan
✓ 1 biji limau nipis (jus)
✓ 1 biji bawang merah (hiris)
✓ 5 tangkai lada kecik (potong kecil)
✓ 1 biji tomato (potong dadu)
✓ 1 akar daun ketumbar (diracik)
✓ Bawang putih cincang (tak letak pun takpe)
– Mula-mula buat kuah dahulu.
– Campurkan air panas, asam jawa, gula melaka, sos ikan, jus limau nipis, hirisan bawang, lada, tomato dan masukkan bawang putih goreng untuk rasa lagi sedap.
– Gaulkan kesemuanya dan perasakan dengan sedikit sahaja gula dan garam.
– Jangan lupa racikkan daun ketumbar ke dalam kuah untuk rasa yang lengkap.
– Setelah itu, hiriskan bahagian badan ikan dan salutkan dengan tepung serbaguna.
– Goreng ikan dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.
– Angkat ikan dan toskan minyak.
– Akhir sekali tuangkan campuran kuah tadi ke atas ikan. Sedia dihidang.
Kredit: Zurina Zulkefli
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official