Ikan Kerisi dan Ikan Bilis Besar, Sedap Dimasak Goreng Cili Padi

Share

 

Dua lauk yang RASA kongsikan hari ini sangatlah sedap. Simple je pun. Tapi kemain sedap kalau dimakan dengan nasi panas atau nasi sejuk. Tak kisahlah sama ada nasi sejuk atau panas, kedua-duanya sedap. Gabungan bawang dan cili padi itu menjadikan rasa tumisan sangat sedap di makan. Cubalah!

IKAN KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kerisi (buang sisik dan bersihkan)
Garam secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng dan menumis
20 biji cili padi (hiris)
1 sudu makan air asam jawa

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 cm halia
1 batang serai

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
8. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN
Minyak masak secukupnya
200 gram ikan bilis besar (basuh dan toskan)
2 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
8 biji cili padi (dihiris)
Garam dan gula jika mahu

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak masak, tinggalkan sedikit, tumis bawang putih, bawang merah besar, cili merah dan cili padi.
3. Tumis hingga wangi dan layu.
4. Masukkan ikan bilis besar tadi. Kacau rata.
5. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas