Ikan Kerisi Goreng Cili Padi, Rasa Padu & Sedap.

Share

Teringin makan ikan sambal? korang boleh cuba Ikan Kerisi Goreng Cili Padi. Rasanya sangat sedap apa lagi kalau makanan panas-panas. Memang padu rasanya kalau makan dengan nasi panas. Cara masak pun sangat senang, sesuai sangat untuk korang yang sibuk dan takda masa nak berlama-lama kat dapur.


IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 20 biji cili padi | hiris

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
8. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

Published by
Norasida Mohamad Yasin