Masakan kukus ni bukan hanya mudah, malah yang sedang diet sangat baik diamalkan. Menu kukus ni memang tidak jemu makan. Jika ikan jadi pilihan, pastikan ikannya ‘fresh’. Itu memang syarat nombor satu. Kalau ikan itu ‘fresh’, masak simple-simple pun sedap.
Jom kita cuba resipi Kak Yan ni. Jarang orang buat guna bunga kantan dan banyak serai untuk kukus ikan. Kalau rasa nak makan ikan kukus yang pedas dan ada rasa ala-ala asam pedas, bolehlah cuba resipi ini.
Ikan Kukus Bunga Kantan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tilapia (bersihkan dan kelar)
2 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
2 batang serai (dihiris halus)
2 sudu besar air asam jawa-beli online di sini
1 sudu besar gula perang-beli online di sini
1sudu besar sos tiram-beli online di sini
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar (dipotong pendek)
Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
Secubit belacan
Cara memasak:
1.Panaskan pengukus
2.Campurkan bahan kisar bersama sos tiram, gula perang, air asam jawa, bunga kantan dan serai.
3.Gaulkan ikan bersama serbuk lada sulah dan garam.
4.Kukus selama 3 minit. Buang air yang keluar dari ikan.
5.Tuangkan bahan ke atas ikan dan kukus sebentar.
6.Angkat dan letakkan ke atas pinggan dan taburkan daun ketumbar.
Kredit: azianhasan
Klik sini