Malam ni min rasa nak makan menu sihat. Separuh hari ni asyik menghentam macam-macam makanan ibarat macam tong sampah. Pulun makan itu dan ini. Nah sekali min tengok resipi IKAN KUKUS LIMAU oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan rasa sempurna untuk dihidangkan buat keluarga. Masakan sihat paling senang dalam dunia! Suami tak pernah masuk dapur pun boleh masak. Potong, campak, tuang siap!
Bahan-Bahan:
Ikan pilihan ( apa apa yang disukai)
5 ulas bawang putih
7 cili api hijau/merah
1 serai
1 inci halia
1 ikat daun ketumbar
2 biji limau nipis
5 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan, lepas tu kelar-kelarkan.
2.Ketuk halia, 2 ulas bawang putih, dan serai. Sumbat dalam perut ikan.
3.Letak ikan dalam pengukus. Ikan siakap abang ni besar sangat kena belah dua supaya muat.
4.Sementara ikan bersauna di dapur, kau buat kerja leceh ni. Potong cili padi, daun ketumbar, dengan bawang putih.
5.Dah siap kerja leceh tadi, belah limau nipis dan perah sekuat hati. Seperti mana kalian kerja kuat memerah keringat, sekuat itu jugalah kalian perah limau ni.
6.Lepas tu masukkan 5 sudu sos ikan. Abang tak pakai susu. Main agak-agak. Kalau terlebih, padan muka akak kau kena darah tinggi. Hahah! Masa ni nak masukkan garam dan gula, silakan. Abang tak masukkan.
Nota: kalau nak lebih sihat, tak payah sos ikan.
7. Ikan dah siap kukus. Pinggan yang abang guna tadi dah cair dalam pengukus, terpaksa tukar benda alah kaca ni. Entah apa benda namanya. Abang tak leh fikir sebab tengah fikir macam mana nak beritahu akak kau yang pinggan dia cair.Tuang kuah yang kita dah buat tadi atas ikan yang dah kukus. Hias dengan hirisan limau dan daun ketumbar segar