Ikan Lampam dan Talapia Merah memang diakui  antara ikan air tawar isi putih yang sedap  dan tidak hanyir.  Selain goreng atau gulai, ini ada dua menu yang orang dulu-dulu  selalu masak dan sangat sedap rasanya. Ini RASA kongsikan resipinya yang anda semua boleh cuba, memang tidak mengecewakan rasanya.

IKAN LAMPAM MASAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KISAR:
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
  2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
  3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
  4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
  7. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
  8. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
  9. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.

Ikan Lampam & Talapia Masak Cara Kampung Ni Sungguh Sedap.

PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ikan Talapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
  • 3 sudu makan tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
  • Aluminium foil secukupnya

BAHAN HIRISAN:

  • Daun kunyit secukupnya
  • Daun kesum secukupnya
  • Daun pegaga secukupnya
  • Daun limau purut secukupnya
  • 4 batang serai

BAHAN KISAR HALUS:

Ads
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
  3. Gaul rata dan sebati.
  4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
  5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
  6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
  7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
  8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
  9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
  10. Kukus ikan hingga masak.
  11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI