
Memang sedap lauk yang satu ni, dimakan pula dengan nasi panas panas, pergh memang power. Buat ikan masak cuka ni boleh gunakan apa jua ikan tapi lebih sedap jika guna ikan tongkol, jenahak, bawal , nyok, nyok mahupun kembung. Rasa masam pada masakan ini sungguh menyelerakan. Selain sedap ia dapat membuang rasa hanyir ikan apabila dimasak.
Ikan Masak Asam Cuka
Bahan-bahan:
Ikan isi – siap digoreng(jangan sampai garing)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Cili besar*
Cili padi*
Biji sawi*
Halia*
Air asam
2 sudu cuka makan
Air
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
Timun
Cara memasak
1.Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda *.Tumis sehingga wangi
2.Kemudian masukkan ke semua bahan kecuali ikan.Tunggu sehingga mendidih.
3.Apabila mendidih masukkan ikan.Pastikan rasa semua ada masam dan manis.
4.Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
Kredit : Arieza Rieza
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Coklat Caramel Cheese Azlina Ina. Lembut, Gebu, Memang Padu!

Nak menikmati rasa Kek Coklat Caramel Cheese yang sangat sedap, gebu dan lembut? Resipi perkongsian bakers tersohor Azlina Ina yang telah dicuba serta dikongsi kembali oleh saudari Norainon Misnor ini semestinya harus dicuba.
Memang padu. Patutlah banyak kali resipi ni dicuba dan dikongsi. Dijamin tidak akan menyesal. Anda nak rasa? Berikut adalah senarai bahan serta cara-cara pembuatannya.
KEK COKLAT CARAMEL CHEESE
BAHAN-BAHAN KEK (AYAK):
- 2 cawan tepung gandum (1 cawan dalam anggaran 250gm) – beli online disini
- 2 sudu besar serbuk koko (ni akak tambah sendiri) – beli online disini
- 1 sudu kecil baking powder – beli online disini
- 1 sudu kecil cream of tartar – beli online disini
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN LAIN:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus – beli online disini
- 1 sudu kecil emulco coklat – beli online disini
- 1 sudu kecil esen vanila – beli online disini
- 1 sudu besar ovalette – beli online disini
- 1 cawan susu pekat manis ( boleh guna ¾ cawan) – beli online disini
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula halus, emulco coklat, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang dan gebu.
- Masukkan susu pekat manis dan minyak masak.
- Matikan pengadun.Masukkan campuran tepung. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau.
- Panaskan pengukus dan kukus guna api sederhana. Jika guna loyang saiz 9, kukus dalam 30 minit. Jika guna bekas sq 450, kukus 15 minit.
- Masa dikukus, pastikan kek ditutup atasnya dengan plastik wrap atau balut penutup periuk kukusan menggunakan kain bagi mengelakkan air menitis.
BAHAN COKLAT GANACHE:
- 300gm beryls dark compound – beli online disini
- 200ml whipping dairy
- 2 sudu besar mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam pengukus atau ketuhar. Biarkan seketika dan kacau. (Pastikan coklat cair sepenuhnya)
BAHAN TOPPING CHEESE:
- 500gm krim keju/ cream cheese
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
- 1/2 cawan whipping cream jenis tenusu /dairy
- 1 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan. Kalau nak cair sikit boleh tambahkan susu segar.
2.Pukul atau kisar semua bahan guna blender. Kemudian boleh tuang atas kek yang telah sejuk.
- Kemudian tuangkan coklat ganache dan caramel. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN CARAMEL – buat awal lagi senang
- 200ml whipping cream dairy – dipanaskan
- 1 cawan gula halus
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1.Cairkan gula halus sampai warna keemasan kemudian masukkan mentega. Kacau.
- Dengan segera masukkan whipping cream yang dipanaska tadi. Kacau sampai sedikit pekat. Matikan api.
Kredit resipi & foto: Norainon Misnor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cream Cheese Homemade, Boleh Buat Guna Susu Tepung atau Susu Segar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
2 Menu Singgang Paling Simple, Sedap & Mudah.

Masak singgang antara menu yang sangat sinonim dengan masyarakat nusantara. Cuma nama dan bahan digunakan sedikit berbeza tapi rasa hampir sama. Di Malaysia sendiri ada bermacam versi singgang, apa yang penting ia kena dengan selera anda. Berikut dikongsikan dua jenis singgang, satu singgang ikan dan satu singgang sotong.
IKAN KEMBUNG SINGGANG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | bersihkan dan tos.
3 biji kacang bendi | buang pangkal dan hujungnya
2 batang serai | titik
5 biji cili padi | hiris
3 tangkai daun kesum
3-4 hirisan lengkuas | titik
4-5 keping hirisan kunyit hidup
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
- Renehkan atas api sederhana.
- Setelah mereneh, masukkan asam gelugor, hirisan cili, serai dan lengkuas titik.
- Seterusnya masukkan pula ikan.
- Apabila ikan masak,masukkan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum tutup api, masukkan kacang bendi, seketika kemudian tutup api.
- Ikan Kembung Singgang Kunyit sedia dihidangkan.
INFO: Anda boleh pelbagaikan isian ikan, tidak semestinya ikan kembung.
SOTONG SINGGANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kulit ari dan dakwatnya
3 batang serai | titik
3 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | belah 4 jika suka
1 biji cili merah | hiris serong besar
1 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Toskan sotong yang telah dibersihkan.
- Masukkan air dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
- Setelah mereneh masukkan asam gelugor dan jus limau nipis.
- Seterusnya masukkan sotong, jangan terlalu. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan Sotong Singgang sedia dihidangkan.
10 Jenis Sayur Ni Memang Sedap Kalau Masak Guna Makanan Laut. Resipinya Pun Mudah & Tak Renyah.

Makanan laut seperti kepah, sotong, lala dan udang bukan sahaja enak dijadikan lauk utama bahkan jika dicampur dalam masakan sampingan lain, akan menambahkan lagi keenakan rasa hidangan tersebut. Khas untuk anda, ditampilkan 10 jenis masakan daripada sayuran yang sesuai dimasak bersama makanan laut. Hmm…pasti membuka selera. Jom cuba!
1. TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tauge
- 100gm kucai
- 10 ekor udang saiz sederhana
- 2 ekor sotong saiz sederhana
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh sos ikan
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- Serbuk lada putih secukup rasa
- 1 sudu teh minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
- Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
- Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak
2. SAMBAL PETAI LALA
BAHAN-BAHAN:
- 2 papan petai | dibuang kulit
- 500gm lala
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk m,enumis
- 1 biji bawang besar | dihiris
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
- 2cm belacan
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa diikuti garam dan juga gula dengan secukup rasa.
- Seterusnya masukkan petai dan lala. Gaul hingga sekata dan masak sehingga kulit lala terbuka.
- Masukkan hirisan bawang besar dan biarkan layu seketika.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Petai hendaklah direndam seketika di dalam air panas
3. LALA MASAM MANIS BERSAMA TIMUN & NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji timun | dibuang kulit dan biji
- 100gm nanas
- 500gm lala
- 1 biji tomato
- 1 batang serai | dititik
- 4 sudu makan pes cili
- 4 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan serai diikuti bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan lala dan masak sehingga kulitnya terbuka.
- Seterusnya masukkan nanas, timun dan tomato. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Biji timun dibuang bagi mengelakkan hidangan menjadi terlalu berair
4. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang sayur keladi | dibersihkan
- 3 keping asam gelugur
- 10 ekor udang bersaiz sederhana
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 batang serai | diketuk
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
- Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan
5. KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kalian
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- Minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK:
- 4 ulas bawang putih
- 5cm ikan tenggiri jeruk
- 6 biji cili padi
BAHAN TABUR:
- 10gm isi ikan tenggiri masin | dihiris dan digoreng garing
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga wangi.
- Setelah kelihatan agak garing, masukkan sos tiram dan minyak bijan.
- Kemudian masukkan sayur kalian. Kacau sehingga agak layu.
- Angkat dan taburkan dengan isi ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Tambah dua sudu makan air jika ingin sayur yang sedikit berkuah
6. TAUHU KUKUS UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tauhu lembut | digaul garam secukup rasa
- 1 sudu teh kicap cair
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh sos tiram
- 2 tangkai daun bawang |dimayang halus
- 2 tangkai daun sup |dimayang halus
- 1 sudu makan bawang merah goreng
- 2 sudu teh bawang putih goreng
- 1 tangkai cili merah dihiris serong
- 2 sudu teh udang kering | digoreng garing
- 2 batang filamen ketam (crabstick) | diracik dan digoreng garing
CARA MEMASAK:
- Letakkan tauhu diatas pinggan tahan haba dan tuangkan kicap cair, sos tiram dan minyak bijan ke atasnya.
- Taburkan daun sup, daun bawang, cili hiris dan separuh udang kering ke atas tauhu.
- Kukus selama 10minit supaya perisa meresap dan sebati dengan tauhu.
- Tutup api dan taburkan bawang merah goreng, bawang putih goreng, lebihan udang kering goreng dan filamen ketam goreng keatas hidangan.
- Hidangan siap dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh juga di tambah dengan udang segar bagi menambahkan kemanisan hidangan.
7. SAWI KUKUS BERSAMA KEPAH
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kepah
- 10 tangkai sawi manis kecil
- 1/2 batang lobak merah | dihiris panjang
- 2 ulas bawang putih | didadu kecil
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh bawang putih goreng
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk kukus dengan api sederhana. Sementara itu, basuh sawi, belah dua dan toskan.
- Gaul kepah bersama bawang putih, garam dan 1/2 sudu makan sos tiram. Kukus selama tiga minit.
- Sementara mengukus kepah, gaul daun sawi dengan 1/2 sudu besar sos tiram.
- Kemudian susun sawi tadi di atas kepah yang dikukus dan sambung mengukus selama 3-5 minit sehingga kulit kepah terbuka.
- Tabur bawang putih goreng dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Selain kepah, boleh juga menggunakan udang atau isi ketam.
8. CENDAWAN BERSAMA KEPAH
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kepah
- 8 biji cendawan butang perang | dihiris
- 50gm cendawan shimeiji | dibuang akar dan diceraikan
- 10gm cendawan jeli hitam kering ( telinga kera) | direndam hingga lembut
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan kepah bersama sos tiram. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih. Kacau sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
- Masukkan kepah ke dalam kuali dan kacau rata sehingga kulit kepah terbuka sedikit.
- Masukkan cendawan shimeiji, cendawan butang dan kacau rata
- Apabila kepah telah terbuka sepenuhnya dan cendawan kelihatan lembut, masukkan cendawan jeli hitam, sos ikan dan kacau rata.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Sos ikan telah memberikan rasa masin , tambah garam jika perlu sahaja
9. ASPARAGUS UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang asparagus | dihiris serong
- 10 ekor udang
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
- 4 biji cili merah | dikisar halus
- 1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
- Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
- Masak sehingga naik minyak
- Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian masukkan asparagus dan gaul rata.
- Tutup api dan sedia di hidang
Info chef: Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang ranggup
10. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi kayu | dicelur
- 200gm pati santan
- 500gm sotong | dihiris
- 1 batang serai | dititik
- 3 ulas bawang merah | dikisar halus
- 1 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1cm halia | dikisar halus
- 1cm kunyit hidup | dikisar halus
- 2 sudu teh ikan bilis | dikisar halus
- 2 keping asam gelugur
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
- Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal