Makan

Ikan Masak Asam, Lagi Lama Terendam Kuah Lagi Sedap

Share

Ikan masak asam ini boleh jadi idea buat yang buntu untuk menyediakan lauk berasaskan ikan. Penyedapnya adalah rasa masam dari asam jawa yang menyatu dengan isi ikan.

Resipi ini boleh menggunakan sebarang jenis ikan selain ikan kembung, sama ada ikan tenggiri, siakap, bawal, selar dan sebagainya.

Resipi ikan masak asam

Bahan-bahan

Ikan kembung -dibersihkan
Halia -dihiris memanjang
Bawang putih -dihiris
Bawamg merah -dihiris
Cili hijau dan cili merah -dihiris
Asam jawa atau cuka
Biji sawi (jika suka)
Air
Garam dan serbuk perasa
Timun atau tomato -dibelah

Cara memasak

1. Ikan digaul garam dan kunyit, kemudian digoreng. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan cili hingga naik bau.

 

3. Kemudian masukkan biji sawi (jika suka), goreng seketika lalu masukkan air asam jawa. Jika tiada boleh gunakan cuka.

4. Tambah air ikut kuantiti kuah yang diinginkan. Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan gula.

5. Selepas cukup rasa, boleh masukkan ikan yang siap digoreng tadi. Biar ikan terendam dengan kuah. Kemudian tutup api. Hidangkan.

Tip: Lagi lama ikan terendam dengan kuah asam lagi sedap rasanya. Rasa asam dan halia akan menyerap pada isi ikan dan mengurangkan bau hanyir ikan kembung.

Kredit resipi & foto: Hajar Mohd

Artikel berkaitan: Letak Asam Jawa, Tip Buat Ikan Goreng Jadi Makin Sedap

 

Published by
Rose