Menu ini lebih kurang menu acar ikan, tetapi ia lebih ringkas. Dulu-dulu menu ini menjadi kegemaran di bulan puasa sebagai pembangkit selera makan kerana masam yang sedap. Kepedasan terpulang kepada anda untuk masukkan cili lebih atau tidak. Kepada yang belum rasa tak rugi cuba menu ni. Sedap sangat ye.

IKAN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping ikan tenggiri/ikan merah
2 sudu makan pes asam jawa ADABI
5-6 ulas bawang merah | belah dua
5 ulas bawang putih |hiris nipis
3cm halia | hiris nipis kemudian potong memanjang
5-10 biji cili padi titik | masuk bulat-bulat pun boleh
Garam gula secukup rasa

IKLAN

CARA MASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Cuci bersih ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam kunyit.
  2. Goreng, kemudian ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Setelah naik bau masukkan air asam yang dibancuh dengan secawan air (jika mahu kuah lebih boleh tambah).
  5. Masukkan cili dan hirisan tomato.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam masin dan manisnya.
  7. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  8. Selepas 2 minit, tutup api dan sedia dihidangkan.

Sumber : Norashikin Ismail

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI