Ikan Masak Asam Ni Sangat Sedap & Mudah Sangat Masaknya.

Share

Anda tidak akan menyesal masak menu ikan ini kerana rasanya yang masam dan pedas ni memang membuka selera makan, apa lagi kalau kena dengan nasi panas. Comfirm anda sekeluarga makan bertambah-tambah. Untuk resipi penuh anda boleh follow resipi yang dikongsikan ini, mudah je ye.

IKAN AIR ASAM


BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | gaul garam kunyit dan perap seketika
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
4cm halia | hiris batang mancis
1 cawan air asam
1 sudu makan cuka
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh biji sawi | jika suka
Sedikit serbuk kunyit
Air secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk goreng ikan dan menumis
BAHAN HIRISAN:

1 biji bawang besar
1 biji cili merah
8-10 biji cili padi

2 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
Tomato | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga lahyu dan biji sawi hingga layu.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, air, serbuk kunyit, kicap. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah cukup rasa masukkan pula bahan hirisan, kecuali daun bawang dan sup.
  5. Kacau seketika, masukkan ikan, kacau sebati, kecilkan api.
  6. Biarkan mereneh dalam 5 minit, tutup api.
  7. Masukkan daun sup dan bawang, gaul rata. Jika suka boleh tambah tomato.
  8. Ikan Air Asam sedia dihidangkan

Kredit: Nana Sabrina Sarsan

Published by
webadmin