Ikan Masak Sos Karamel Masuk Rempah Kari & Kicap, Senang Aje Masaknya…

Share

Kadangkala lauk yang kita beli atau makan di luar tak kena gaya selera kita. Kalau gitu jom masak sendiri baru puas hati. Ikut suka bahan ramuan yang nak dilebihkan atau dikurangkan,janji masuk dengan tekak kita.

Ni dia gaya ikan masak sos karamel kari siap ada kicap lemak manis lagi, gaya Nurhayati Abd Malek memasak. Jom kita check resipinya, tengok dari ramuannya macam sedap kan…

IKAN MASAK SOS KARAMEL KARI

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • Kicap lemak manis
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih.
  • 1 Biji bawang besar| dihiris
  • 2 Ulas bawang putih ketuk atau hiris
  • 2 Hiris halia diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa + 1/4 cawan air
  • Cili padi ikut kepedasan yang korang suka
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK :

1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ikan.

2. Kemudian goreng hingga masak, hati² dia meletup² sikit bila goreng. Dah masak, angkat dan ketepikan dulu.

3. Dalam kuali lain masukkan semua bawang halia dan cili, serta rempah 4 sekawan. Gaul sampai naik bau. (Saya tak letak cili harini buat hiasan je last sekali)

4. Kalau korang nak senang kisar je bawang besar, bawang putih dan halia tu. Tapi hari ni Nurhayati hiris sahaja kesemuanya

5. Sup bunjut ni opsyen aje. Tak nak takpe

6.Kemudian masukkan rempah kari. Saya gunakan Rempah Kari Mak Siti harini. Patutlah makin sedap! 

7.Rempah kari korang kena bancuh dulu dengan air, jadikan pes. Kemudian baru tuang dalam kuali. Kacau sampai naik bau.

8. Dah naik bau dan pecah minyak masukkan lah air dan asam jawa. Kacau rata lagi.

9. Kendian masukkan kicap manis. Ikut korang nak masuk jenis apa, brand apa, janji kicap. Diulangi, janji kicap. K?

10.Gaul rata dan perisakan lah garam. Hati² sebab kicap kan dah manis dan masin jugak.

11. Pastu, kuah dah masak, Ikan yang dah goreng tadi korang boleh curah je atas dia. Korang nak gaul sekali dalam kuali?

12. Sos karamel kari kita.  Dah boleh dihidang. Boleh letak hirisan cili ikut selera.

Kredit resipi & foto :FB :Nurhayati Abd Malek
#YatiMasakApeTu

Published by
Faridah Talib