
Kalau sebut tentang ikan masin, buat kita terleleh. Tambah pula dapat ikan masin jeruk dimakan pula dengan nasi panas-panas. Kalau ada yang nak membuat sendiri berikut dikongsikan caranya. Ikannya terpulang. Ini digunakan ikan belanak. Tak kisah nak guna ikan apa pun, janji sedap.
Janji diperam di tempat gelap selama dua minggu.
Cara membuat:
1) Rendam ikan dengan asam keping dan cuka selama satu jam.
2) Toskan cuka dan lumur ikan dengan garam dalam tiga jam.
3) Rendam dalam minyak, ambil ikan dan asam saja.
4) Peram dua minggu ikan tu dan biarkan ia dalam minyak. ( dengan syarat dalam bekas bertutu ya.)
credit : Raffizah Redzwan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Langkah Mudah Tanam Serai Dalam Pasu. Tip Tumbuh Gemuk dan Subur.

Serai bahan ramuan penting melazatkan masakan. Kalau beli di kedai runcit seikat tu jual cuma 4-5 batang aje. Padahal nak guna kerap juga, masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya.

Sebenarnya tanaman ni cukup mudah ditanam dan tak perlu ruang tanah yang luas pun. Boleh tanam dalam pasu aje. Tapi ‘frust’ juga lah kan bila tanam tumbuhnya kurus dan tak berapa nak subur.

Haah, kalau ikut petua orang tua-tua, kalau nak tanam serai jangan tanam banyak-banyak dalam satu pasu. Cukup satu atau dua batang sahaja kerana ia membiak dengan cepat.
Ni min kongsikan teknik tanam pasu biar tumbuh gemuk dan subur.
Langkah 1: Dapatkan anak benih

Cara mudah, gunakan batang serai yang dijual dipasar mahupun pasaraya untuk dijadikan sebagai anak benih. Selain itu, anda juga boleh menggunakan batang serai matang yang diambil dari rumpun serai yang ditanam.
Langkah 2: Rendam anak benih ke dalam bekas

Langkah ini penting bagi anda yang menggunakan anak benih yang dibeli di kedai kerana kebiasaannya anak benih ini tidak mempunyai akar. Jadi, korang ambil batang serai tu dan rendamkan ia ke dalam bekas yang mengandungi air. Langkah ini adalah untuk merangsang pertumbuhan akar. Dalam masa 3 hingga 4 hari, akar akan mula bertunas.
Langkah 3: Penyediaan medium tanah

Tanah yang anda boleh gunakan dan sesuai untuk pertumbuhan pokok ini ialah campuran tanah bakar dengan top soil. Tanah jenis ini boleh didapati dengan mudah di nurseri berhampiran rumah anda.
Langkah 4: Kaedah Menanam

Anda perlu menanam tanaman ini secara menyerong. Pastikan, hanya sebahagian perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam medium tanah bersama dengan akar. Jika anda menanam keseluruhan perut serai, berkemungkinan besar serai anda akan mati.
Langkah 5: Menyiram

Di peringkat awal penanaman, anda perlu menyiram sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hal ini kerana untuk menggalakkan tahap kematangan dan kestabilan serai kepada medium dan persekitarannya. Selepas 7 hari, anda boleh mengurangkan kadar siraman sekurang-kurang sehari sekali apabila ia mula kelihatan stabil.
Langkah 6: Pembajaan
Untuk mendapatkan serai yang sihat dan gemuk, berikan baja organik seperti air belacan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Selamat bercucuk tanam. InsyaAllah lepas ni jimat kos ramuan masak .
Sumber :www.impiana.my
Tip Tanam Serai Supaya Senang Nak Cabut

Tip tanam serai ini kena praktik kalau tanam untuk kegunaan sendiri di laman rumah. Paling penting serai ini kena mudah dicabut supaya tak mengerah banyak tenaga kita.
Bagi tujuan ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.

Tip tanam serai mudah cabut
Ini cara tanam serai untuk kegunaan sendiri. Tanam dekat-dekat antara satu sama lain. Jaraknya lebih kurang 5 hingga 7 cm saja. 1 point tanam 2-3 batang serai.
Tanam begini supaya senang nak dicabut bila mahu digunakan dalam masakan. Setiap kali nak guna kita cabut satu point. Jadi ia tak akan ganggu tumbesaran rumpun serai yang lain.
Cukup saja 3-4 bulan, akan ada 2-3 perdu yang sempat besar dan rimbun. Jadi kita cabut semua sekali dan buat ulang semula cara di atas.
Cara ini untuk tanam guna sendiri. Jika untuk komersial, kena guna teknik lain.

Semoga bermanfaat.
Kredit: Azuan Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Sayur Cepat Lebam! 4 Petua Sayur Kekal Hijau Bila Dah Masak.

Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
- Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.

2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Lepas ni bolehlah cuba ye…

