Kalau sebut lauk kampung yang paling ‘power’, mesti ramai setuju ikan merah masak lemak cili padi tambah pula mangga muda memang nombor satu di hati! Kuahnya pekat berlemak, rasa pedas menyengat, dan aroma daun kunyit yang wangi memang cukup membangkitkan selera.
Masakan ni bukan sekadar lauk harian, tapi juga hidangan tradisi turun-temurun yang sentiasa jadi kegemaran waktu kenduri, berbuka, atau hujung minggu. Yang penting, resepi ni sangat mudah dan cepat disediakan, tapi hasilnya confirm meleleh nasi panas!
IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 keping ikan merah – goreng
10-15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai – diketuk
200ml santan pekat
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam
2 biji mangga muda
¼ cawan air.
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Ads
Tips & Variasi Resepi
Gunakan ikan merah segar supaya isi lembut dan tak mudah hancur masa dimasak.
Nak kuah lebih pekat? Tambah sedikit santan kelapa segar di akhir masakan.
Kalau suka aroma kuat, boleh tambah serai yang diketuk masa masak kuah.
Elak santan pecah — sentiasa kacau perlahan dan jangan biar api terlalu kuat.
Nak versi kampung? Tambah sayur bendir, terung atau nanas untuk rasa lebih menarik.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Boleh guna ikan lain selain ikan merah? Boleh! Ikan tenggiri, ikan kembung atau ikan jenahak pun sedap masak lemak cili padi.
2. Kenapa kuah pecah minyak? Santan mungkin dimasak dengan api terlalu kuat atau tak dikacau selalu. Guna api sederhana & kacau perlahan.
3. Kalau tak tahan pedas, boleh kurangkan cili padi? Boleh! Gantikan sebahagian cili padi dengan cili merah besar untuk warna dan rasa seimbang.
Ads
Lauk ikan merah masak lemak cili padi ni memang tak pernah mengecewakan. Setiap suap penuh rasa lemak, pedas, wangi dan padu! Makan dengan nasi putih panas-panas, memang tak cukup sekali tambah.
Kalau rindu lauk kampung yang betul-betul puas hati, resepi ni wajib cuba. Kongsikan dengan keluarga confirm semua tersenyum lepas makan!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indoesia dan Filipina. Soal bahan-bahan, sama seperti orang Malaysia masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
1. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. 2. Kemudian, masukkan tomato, lobak merah dan kentang.
5. Tambahkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika. 6. Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin yang sudah digoreng. 7. Siap! Sedia untuk dimakan.
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama asam rebus ini memang super sedap. Guna ikan parang segar lagi bergandalah sedapnya. Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit, baru best.
Resipi yang dikongsi daripada June Ahmad ini, sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin. Malah jika ada yang alah dengan ikan parang, boleh juga digantikan dengan ikan lain.
3. Biar lama sikit tak apa supaya bawang dan cili tu betul-betul masak. Masuk sekali asam keping sekali pun ok. 4. Kemudian bolehlah masuk ikan, garam, perasa secukup rasa.
5. Akhir masuk bunga kantan dan daun kesum. Biar mendidih lagi. 6. Sesuaikan rasa, kuah tu biar terasa masam-masam sikit baru lagi sedap. 7. Sajian siap dihidang
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!