Untitled design - 2019-08-28T113554.947

Ikan salmon dikategorikan sebagai ikan yang mempunayi sumber terbaik omega -3, serta kaya akan vitamin dan juga protein yang berkualiti tinggi. Omega-3 ini sangat penting bagi tubuh kerana memiliki peranan yang sangat besar dalam menjaga kesihatan tubuh, dan merupakan lemak yang sangat istimewa serta sihat. Anda yang ingin menjaga pemakanan , boleh cuba menu sihat yang dikongsikan ini.

GRILLED SALMON
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan salmon
100gm tomato
100gm cili bengala
1 sudu teh minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam

Ads

BAHAN SOS:
3 biji capers
1 potong lemon
1 sudu makan krim masakan

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan pemanggang di atas api.
  2. Sementara itu gaulkan salmon bersama garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun.
  3. Kemudian panggang ikan salmon dan tomato. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali, goreng balik-balikkan cili bengala. Ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos, didihkan krim di atas api sederhana.
  6. Kemudian hancurkan cepers dan masukkan dalam krim.
  7. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
  8. Masukkan salmon, tomato dan cili bengala dalam pinggan dan tuangkan sos di atasnya.
  9. Sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF:
Pastikan ikan salmon segar dan tidak memanggang salmon terlalu lama.

Ads

Saiz hidangan: 1 orang.
Jenis hidangan: Ikan.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Panggang dan tumis.
Keistimewaan: Enak berkrim.
Anggaran kos: RM12.
TERIMA KASIH: Che Su dari ParadisoCafé, Kota Damansara

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI