Ikan Pari Bakar Bersambal

Ikan Pari Bakar Bersambal

Sedap & Mudah! Resipi Ikan Pari Bakar Bersambal Guna Pes Homemade Ni Memang Best!

Sajian Ikan Pari Bakar tentunya jadi kegemaran ramai. Ditambah pula dengan perapan sambal homemade yang enak menjadikan hidangan ini begitu menyelerakan. Anda nak cuba masak menu istimewa ini buat keluarga? Resipi di bawah ini tentunya yang terbaik. Memang sedap dan mudah disediakan.

IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN

Ads
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 60g MAGGI Sambal Tumis
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Gula perang dan lada sulah secukup rasa
  • 2 potong ikan pari | cuci bersih

 

Ikan Pari Bakar Bersambal

 

Ads

CARA MEMASAK

Ads
  1. Untuk menyediakan pes sambal, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan MAGGI Sambal Tumis, MAGGI CUKUP RASA, asam jawa, serbuk lada sulah dan gula perang secukupnya. Tumis sehingga cili masak.
  3. Ambil ikan pari dan lumurkan dengan sambal secara rata.
  4. Kemudian bakar ikan pari tadi hingga masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img