Ikan Percik Makanan Tradisi Orang Kelantan, Ini Cara Mudah Nak Buat. Memang Sedap!

Share

Ikan Percik Salah satu masakan ikan yang sedap dan sememangnya digemari ramai. Nampak macam susah nak buat namun sebenarnya ada cara yang mudah untuk sediakan hidangan ini. 

Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas, boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda.

Kali ini, kami akan kongsikan resipi ikan percik oleh Azira Mamat. Selamat mencuba!

IKAN PERCIK

BAHAN UNTUK IKAN BAKAR:

Ikan (apa-apa jenis ikan)


Kunyit hidup
Garam

BAHAN-BAHAN KUAH PERCIK:

Bawang merah
Halia
Lada kering (kurangkan kalau tak nak pedas)
Santan
Garam
Serbuk perasa
Asam keping
2 batang serai
*bahan semua saya agak-agak saja

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan ikan dan lumur ikan dengan kunyit hidup dan garam. Letak sedikit garam sahaja kerana kuah percik nanti sudah masin.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Bakar di atas dapur. Untuk elakkan berair, toskan ikan terlebih dahulu sebelum membakar.

3. Sambil membakar, siapkan kuah percik. Kisar bawang merah, halia dan lada kering.

4. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga santan, garam, serbuk perasa dan asam keping. Masukkan sedikit air sahaja kerana tak nak kuah jadi cair.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan serai. Kuah siap dimasak.

7. Seterusnya, letakkan kuah tadi di atas ikan. Biarkan ikan separuh masak sebelum letak kuah di atas ikan tersebut. Biarkan sehingga kuah kering.


8. Kemudian, terbalikkan ikan bila kuah sudah kering. Letakkan lagi kuah di bahagian sebelah. Siap!

Kredit resipi & foto: Azira Mamat

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin