½ sudu besar tepung ubi ( supaya kuah percik melekat cantik kat ikan)
Cara Memasak:
Mula-mula, kisar semua bahan untuk kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Ketepikan.
Untuk sediakan kuah percik; masukkan santan pekat, panaskan hingga mendidih. Masukkan serai yang diketuk. Kena sentiasa kacau.
Apabila mendidih masukkan bahan kisar, kacau bagi sebati. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat.
Masukkan garam, gula Melaka, asam keping dan serbuk perasa. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sehingga kuah pekat (kena selalu kacau ya). Kemudian masukkan halba, kacau seketika dan tutup api.
Ads
Bakar ikan kembung ( nak wangi guna sabut dan tempurung kelapa). Biar ia setengah masak.
Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang untuk elak ikan hangus).
Bakar hingga ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali).
Siap. Bila nak hidangkan boleh masukkan ikan dalam kuah percik.Terpulang cara masing-masing.
Pekasam adalah makanan tradisional lama yang asalny dihasilkan untuk menyimpan lebihan ikan yang ditangkap. Ikan yang dicuci bersih diperam dengan beras yang disangai, air garam dan asam keping.
IKAN PEKASAM GELAMA
BAHAN-BAHAN
1/5 kg Ikan Gelama
50gm garam (terpulang garam kasar atau halus)
Asam keping
CARA MEMBUAT:
Bersihkan ikan seperti biasa (buang perut, insang, ekor,sirip).
Lumurkan ikan dengan garam dan susun dalam bekas.
Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
Setelah semalaman, keluarkan ikan dan bilas.ketepikan seketika dan boleh la buat berasnya pula.\
Beras (sebanyak mungkin) untuk tujuan peram dan hasil gorengan yang cantik
CARA MEMBUAT:
1. Sangai beras hingga kekuningan. Bagi naik bau dan cantik warnanya.
2. Hasil sangaian/gorengan tanpa minyak.
4. KIsar beras yang disangai tadi (biar ada kasar & halus)
5. Contoh beras yang telah di kisar. Jika suka boleh haluskan lagi.
6. Susunkan ikan dalam bekas dan lapiskan bersama asam keping & beras yang disangai tadi. Sudah susun cantik, bolehlah masukkan air garam hingga tenggelam ikannya.
7. Tutup bekas rapat dan boleh peram dalam peti sejuk bahagian sayur selama seminggu atau lebih.
CARA MEMASAK IKAN PERKASAM:
Goreng ikan pekasam garing.
Masukan bawang besar potong bulat, cili kering dan cili padi hingga. Tumis sehingga layu dan tabur atas ikan perkasam tadi.
Akhir sekali perahkan limau kasturi/limau nipis dan siap.
INFO:
Masak dulu air garam dan sukatan garam ikut citarasa. Hendak masin sangat atau rasa sederhana.
Ikan Talapia Bakar Portugis Menu Tambah Selera, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap! Ia menu popular yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun cukup sedap dan membangkitkan selera. Aroma wangi bahan tumisan yang disalut pada ikan talapia yang dibakar buatkan rasa tak sabar nak makan dan menikmatinya bersama keluarga.
Menu terlajak sedap ini sesuai untuk yang berdiet atau makan bersama nasi. Tambah bendi dan bakar bersama pun sedap.
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
> Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya
1 kiub ikan bilis maggi
1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
1 tangkai cili besar – belah dua
1 biji tomato – belah 4.
2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
3 sudu minyak untuk menumis
Garam & gula ikut sedap mulut ya
Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – belah 4
2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
6 ulas bawang putih**
2 batang serai **
10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIPS ELAK BERKECAH:
Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.