Ikan percik Terengganu atau ada yang panggil ikan golek, merupakan antara menu popular masa bulan puasa di Terengganu.
Teringin nak cuba? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini ye. Selamat mencuba!
Ikan kembung saiz besar 4 ekor (siang bersih dan dilumur kunyit dan garam)
1 biji kelapa (diambil santan perahan pertama sahaja)
½ sudu besar halba – boleh beli online di sini
½ keping nisang/Gula Melaka
Serbuk perasa
3 keping asam gelugur – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
4 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 inci kunyit hidup
½ halia – boleh beli online di sini
6 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam dengan air panas) – boleh beli online di sini
3 batang serai (2 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar)
Sedikit belacan (sebesar hujung jari) – boleh beli online di sini
5 biji cili api ( kalau suka pedas) – boleh beli online di sini
½ sudu besar tepung ubi ( supaya kuah percik melekat cantik kat ikan)
Mula-mula, kisar semua bahan untuk kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Ketepikan.
Untuk sediakan kuah percik; masukkan santan pekat, panaskan hingga mendidih. Masukkan serai yang diketuk. Kena sentiasa kacau.
Apabila mendidih masukkan bahan kisar, kacau bagi sebati. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat.
Masukkan garam, gula Melaka, asam keping dan serbuk perasa. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sehingga kuah pekat (kena selalu kacau ya). Kemudian masukkan halba, kacau seketika dan tutup api.
Bakar ikan kembung ( nak wangi guna sabut dan tempurung kelapa). Biar ia setengah masak.
Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang untuk elak ikan hangus).
Bakar hingga ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali).
Siap. Bila nak hidangkan boleh masukkan ikan dalam kuah percik.Terpulang cara masing-masing.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official