
Ikan rebus ayaq asam, menu pembuka selera. Letak kerisik lagi sedap dan mantap. Makan dengan nasi putih tak payah dah ada lauk lain.
Bagi yang nak diet lauk macam ni pun sesuai juga. Menu yang popular di negeri-negeri utara ini boleh juga menggunakan ikan lain selain ikan kembung.
Ikan Rebus Ayaq Asam

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah besar diricih
6 biji cili padi-diricih
1 biji cili besar merah dipotong
2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong
3 s/b asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1sudu kecil kerisik -( kalau nak letak saya tak letak ) Garam & gula – ( kalau nk letak )

Cara-cara:-
1-Ikan direbus atau di kukus
2-Biarkan ikan mendidih dan masak.
3-Angkat ikan dan ketepikan.
4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih).
5-Masukkan bahan2 yg dipotong dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).
6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
7-Masukkan blacan,kerisik,bubuh garam & gula,gaulka sebati.
8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
9-Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dengan nasi panas.resepi boleh ejas ikut citarasa masing-masing.

Kredit: Bellanasz Nasz
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Ikan Lumur Garam Kunyit & Goreng Baru Autentik!
Ikan Kerapu Celup Tepung Masak 10 Rasa, Lain Macam Sedapnya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Simple Ikan Kembung Masak Stim, Campak-Campak Terus Siap

Ikan kembung selain digoreng, dimasak kari, paling sesuai untuk masak stim. Jika anda sudah jemu dengan masakan yang bersantan dan bergoreng, apa kata anda cuba resipi Ikan Kembung Masak Stim ini. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan cara penyediaannya pun tak renyah langsung. Jom kita masak Ikan Kembung Masak Stim seperti yang dikongsikan resipinya oleh Cik Ning Haniey
RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK STIM

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung yang telah siap disiang
1 biji bawang merah (dihiris) – beli online
2-3 ulas bawang putih (dihiris) – beli online
1 inci halia (dihiris) – beli online
1 batang serai (diracik halus)- beli online
1 biji cili merah (dihiris nipis) – beli online
4-5 biji cili padi (dihiris nipis) – beli online
1 biji limau nipis
1/2 biji tomato (dipotong panjang)
Sedikit daun sup (dihiris nipis)
Sedikit lada hitam – beli online
Air
1 kiub pati ayam – beli online
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa

CARA MEMBUAT:
1. Lumurkan ikan kembung dengan garam dan lada hitam. Perap selama 30 minit.

2. Di dalam satu mangkuk kecil, masukkan air putih, gula, garam dan serbuk perasa. Hancurkan kiub pati ayam. Perah limau nipis dan ambil jusnya. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan ikan di dalam bekas yang nak di stim.

4. Sediakan kuali. Isikan air. Nyalakan api dapur.

5. Masukkan bekas yang berisi ikan di dalam kuali yang sudah dipanaskan. Tutup dan kukus selama 15 hingga 20 minit.

6. Apabila hendak angkat, barulah tabur bawang dan tomato. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Cik Ning Haniey
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Goreng Pedas, Menu Lazat Untuk Makan Tengahari
Resipi Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Tambah ‘Kick’ Bila Makan Dengan Sambal Belacan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Ringkas Tomyam Putih Ikan Siakap, Mudah Je Nak Masak

Biasa kalau sebut tomyam, mesti dalamnya ada ayam kecil-kecil, hirisan daging, udang, sotong, serai, daun limau purut dan lain-lain.
Kali ini, kita masak tomyam putih ikan siakap yang mudah dan sedap sangat.
Hasil perkongsian resipi daripada Nurul Jannah ini, sesuai untuk mereka yang demam dan inginkan selera makanan yang masam-masam.
RESIPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci lengkuas – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
2 biji tomato
3 batang serai
7-9 biji cili padi merah – beli online di sini
Akar ketumbar
Daun ketumbar
½ biji bawang holland – beli online di sini
7 helai daun limau purut
2 biji jus perahan limau nipis
1 sudu kecil gula nisan thai
Sedikit garam
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
Air secukupnya
TONTON Dapur Rasa Live: Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan lengkuas. Kacau-kacau. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan. Masukkan akar ketumbar (pastikan ketuk dahulu akar ketumbar ye)
3. Masukkan tomato dalam 4, 5 ketul. Kacau-kacau sekejap.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula nisan thai dan sedikit daun limau purut (buang tangkai untuk elak kuah jadi pahit). Kacau rata.
5. Tutup tudung periuk dan biarkan kuah mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Masukkan baki tomato yang ada, cili padi (diketuk sedikit sebelum dimasukkan), bawang holland dan baki daun limau purut. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata.
7. Biarkan 3-4 minit untuk bagi bahan meresap ke dalam ikan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Kredit resipi: Nurul Jannah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Anda Peminat Makanan Korea? Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Suka Hidangan Bersambal? Ni Min Kongsikan Resipinya..Mesti Korang Bertambah Nasi Punya Lah!

Masakan bersambal antara lauk pauk yang pasti ada di meja makan setiap keluarga. Ini kerana ia lebih mudah dimasak dan penuh perisa. Jika dimakan bersama nasi panas sahaja pun sudah mencukupi. Berikut dikongsikan 10 jenis hidangan sambal yang pasti membuka selera anda.
AYAM SAMBAL PERISA TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan pes tomyam
- 4 ulas bawang merah |kisar halus
- 3 ulas bawang putih |kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 1 batang serai| titik
- 1 biji bawang besar |belah empat
- Garam, lada sulah dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga masak.
- Di dalam kuali, panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumis lagi hingga pecah minyak.
- Tambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit.
- Masukkan bawang besar dan ayam goreng. Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma tomyam yang membuka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh masukkan cili padi jika mahu lebih pedas.
AYAM BAKAR BERSAMBAL BAWANG

BAHAN-BAHAN A:
- 1-2 ketul paha ayam
- 6 ulas bawang merah | tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 3cm halia |tumbuk lumat
- Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
- 2 labu bawang besar |potong dadu
- 3 sudu makan cili kisar
- 10 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 3cm halia |kisar halus
- 1 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air asam (pilihan)
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama bahan-bahan tumbuk dan garam selama 30-40 minit. Kemudian ayam dibakar hingga masak dan ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar berserta cili kisar hingga cili masak.
- Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tuang ke atas ayam bakar dan hidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
BAWAL GORENG SAMBAL KICAP BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 ekor ikan bawal cermin/hitam
- 7-8 biji kacang botol | hiris nipis
- 7-8 biji cili merah
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 sudu makan kicap manis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan bawal dibersihkan, kelar-kelar lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
- Tambahkan kacang botol, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
- Tuang sambal ke atas bawal goreng.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
DAGING GORENG SAMBAL IJO

BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu muda | hiris nipis
- 10 biji cili padi | tumbuk kasar
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 10 biji cili hijau |kisar halus
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 tangkai daun ketumbar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya dan serbuk kunyit. Perap selama sejam atau lebih.
- Goreng daging hingga agak garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan daging goreng, bawang besar dan cili padi yang ditumbuk kasar. Gaul sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang.
PUYUH GORENG BERSAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor burung puyuh |bersihkan
- 15 biji cili padi hijau
- 4 biji cili besar hijau
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 1 batang serai |ketuk
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
- Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit pada burung puyuh. Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar berserta serai hingga naik bau dan cili masak.
- Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi hingga sebati.
- Masukkan burung puyuh goreng dan kaup balikkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa belacan yang tambah kesedapan sambal
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh tambah jumlah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.
SAMBAL BABAT CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm babat (perut lembu) |bersihkan
- 10-15 biji cili padi hijau
- 5 biji cili hijau
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
- Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
- Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan tumis
Info chef: Babat yang telah dibersihkan ada dijual di pasar-pasar basah.
SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis
- 2-3 sudu makan cili kisar
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 labu bawang besar | kisar halus
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan bilis dibersihkan, basuh dan ditumbuk kasar. Goreng separuh masak dan ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
- Masukkan bilis tumbuk, belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada pedas, masam, manis dan masin yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Bilis jangan ditumbuk halus kerana kita masih boleh terasa teksturnya ketika dimakan.
SAMBAL HITAM PARU LENGKUAS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm paru| hiris nipis
- 100gm lengkuas muda | hiris nipis
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan stok daging
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan cili kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar lumat
- 1 biji bawang besar |potong bulat
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Paru direbus empuk lalu dihiris nipis. Tabur sedikit garam dan goreng garing.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan lengkuas, tumis lagi hingga cili masak.
- Masukkan kicap dan stok daging dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan paru goreng, lada hitam dan bawang dan kaup-balikkan
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma lengkuas yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, goreng dan tumis
Info chef: Boleh gantikan stok daging dengan air biasa jika stok daging tiada.
SAMBAL KENTANG, TAUHU TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji ubi kentang |hiris nipis
- 2 biji tempe |hiris nipis
- 2 biji tauhu | hiris nipis
- 100gm ikan bilis
- 1 biji bawang besar| mayang halus
- 4 ulas bawang merah |tumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ubi kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis digoreng garing.
- Panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.
- Masukkan bawang besar, air asam dan semua bahan-bahan goreng.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa dalam satu masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng
Info chef: Ikan bilis harus digoreng garing supaya tidak lembik bila digaul sambal.
SAMBAL PETAI BILIS KERING

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis|goreng garing
- ½ mangkuk petai | bersihkan
- 20 biji cili padi hijau |kisar halus
- 5 biji cili hijau | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
- Masukkan belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
- Masukkan bawang besar, ikan bilis goreng dan petai lalu kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Petai yang tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis
Info chef: Jangan goreng petai terlalu lama agar ia kekal rangup bila dimakan.
Selamat mencuba!

