Ikan Selar Masak Berlada Satu Hidangan Dah Cukup. Makan Dengan Nasi Panas Tak Perlu Lauk Lain Dah

Share

Ikan selar masak berlada ni memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Cukup satu lauk ni sahaja pasti nasi makan bertambah.

Selain ikan selar, nak guna ikan lain masak macam ni pun boleh. Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.

Kalau yang suka pedas boleh lebihkan cili padi dan kalau yang nak kurangkan pun boleh ganti dengan cili merah atau cili hijau.

Cukup satu lauk ni sahaja, tak perlu dah lauk lain. memang mantap dan sedap!

IKAN SELAR MASAK BERLADA

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • Ikan Selar
  • Asam keping

CARA MEMASAK:

1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan satu asam keping.

5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap!

KREDIT RESIPI & GAMBAR:Nor Shafinaz Radzuan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Azlin