Bila teringin buat ikan masak cuka selalunya ikan tenggiri atau tilapi akan jadi pilihan. Tapi sebenarnya ikan sembilang juga sedap dimasak buat masak cuka. Nak tahu keenakannya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Azizah Salleh.
Bahan-bahan
5 kg ikan sembilang – saiz besar 2-3 ekor
20 batang serai – hiris nipis
250 gm bawang merah kecik (belah 2 atau4)
150 gm bawang putih (kupas jangan hiris atau potong)
4 cm halia – mayang
2 paket halba campur
Cili api – tak perlu belah
1 1/2 cawan cuka makan
1 cawan air
Cara membuat
1. Basuh bersih ikan, potong dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
Ads
2. Guna minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama halba campur dan juga serai.
3. Selepas naik bau masukkan cuka makan dan juga air. Kacau sebati dan biar mendidih. Masukkan cili api.
Ads
4. Sebaik kuah mendidih saja, kecilkan api, masukkan ikan. Kemudian gaul seketika dan tutup api, jangan lama-lama.
Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.
Resipi Acar Tumis Ikan
Bahan-bahan
1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Timun -dipotong
Bawang besar -dimayang
Cili padi
Halia
Cuka
Garam
Guna
Serbuk perasa
1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.
Namanya ikan masam, bukan ikan pekasam tau. Memang nampak hampir sama tapi ikan ini ada rasa unik tersendiri.
Rasanya masam kerana diperap menggunakan asam keping dan asam jawa. Bila goreng, efeknya seperti goreng ikan kering, harum bau satu rumah. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.
Nak buat sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais. Cara membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.
Cara buat ikan masam, lagi lama perap lagi sedap
Bahan-bahan:
1kg ikan
1 sudu kecil garam kasar
20 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
Gula secukup rasa
2 sudu besar air
Cara membuat:
1. Kembangkan asam keping, masukkan air dan dan asam jawa. Satukan dalam bekas.
2. Air tak perlu banyak kerana semasa perap ikan akan mengeluarkan airnya juga.
3. Perap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.
4. Jika agak kekeringan bila sudah diperap beberapa hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan semula.
5. Ikan ini boleh disimpan dan akan tahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais.
6. Cara menggoreng, basuh sedikit ikan sekadar nak bersihkan atau tak perlu cuci pun boleh. Kemudian terus digoreng.
Kalau selalu makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Rupanya ikan masak tiga rasa kalau di kedai Siam, dipanggil Pla Rad Prik.
Menurut lelaki yang berkongsi resipi istimewa ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan, bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan rasanya memang seperti yang dihidangkan di kedai siam.
1. Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak. 2. Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
3. Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan. 4. Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan? 6. Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel. 7. Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam. 8. Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa.
9. Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu! 10. Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi! 11. Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.