Bila masak ikan siakap selalu menunya, siakap 3 rasa, siakap stim atau kengsom.
Kali kini kita cuba menu lain pulak, siakap asam jawa perkongsian Suhana Mohd Khalid.
Ujar beliau kali pertama menikmati hidangan ini ketika berada di Langkawi bila direkomen oleh pemilik restoren. Ternyata memang sedap sangat dan teringat-ingat dibuatnya. Jadi kalau beli ikan siakap boleh cuba resipi ini pula. Lainlah sikit kan…
Bahan-bahan
Ikan siakap-dibersihkan dan dikelar
Air asam jawa
Garam, gula, serbuk perasa
Sos tiram
Sos tomato
Gula Melaka
Tomato (potong dadu.
Bahan tumis
Bawang merah
Bawang putih,
Halia,
Cili padi
Cara membuat:
1. Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang dipotong dan dimayang hingga naik bau.
3. Kemudian tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato bersama air asam jawa secukupnya. Biar mendidih.
4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Tutup api.
5. Tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Siap.
Sumber: Suhana Mohd Khalid.