Ada yang berhajat pergi berkelah hujung minggu nanti? Menu ikan panggang memang lazat jika dihidangkan. Tambah pula berkelah di tepi sungai. Ikan panggang ni makan dengan nasi panas-panas memang tak menoleh kiri dan kanan.
Ikan siakap panggang
Bahan-bahan:
Ikan siakap
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 batang serai
sepotong halia
sedikit cekur
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar cili kering kisar
sedikit cili api
garam secukupnya
Cara membuat:
1.Kisar kesemua bahan untuk dijadikan pes.
2.Gaulkan pes pada ikan.
3.Taburkan potongan daun cekur.
4.Panggang di atas pan hingga masak.
Kredit: Zainoor Aliza Ali