Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Campak Semua Bahan Siap. Makan Mesti Bertambah!

Share

Ikan siakap masak sambal kicap pedas Thai memang membangkitkan selera. Makan dengan nasi panas dan jadikan hidangan keluarga di hujung minggu memang sedap.

Resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ini memang cukup menggiurkan. Tambah pula bila makan beramai-ramai, licin sampai ke tulang. Nak buat pun tak susah sangat dengan bahan-bahan yang juga mudah untuk didapati.

Jangan lupa cuba nanti!

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap

Garam

Serbuk kunyit

Tepung Jagung

Bahan kuah: 

1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)

2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar.

Cara memasak:

Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu.

Cara memasak kuah:

Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa..

Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.

Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.

Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

Perasakan dengan maggie cukup rasa.

Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahla.

Siap!

Simbah atas ikan siakap tadi.

Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.

Kredit: Liza Idris

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Azlin