Makan

Ikan Siakap Stim Limau Masak Dalam Kuali Pun Jadi. Sedap Macam Kedai Thai

Share

Ikan Siakap Stim Limau Masak dalam kuali pun boleh jadi. Sedap macam kedai Thai tak perlu makan di kedai buat sendiri lagi puas hati.

Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-Bahan:

Ikan siakap

Bawang putih

Cili padi

Halia

Limau nipis

Daun Ketumbar

Daun Limau Purut

Kiub Ayam

Sos ikan

Gula

Garam (bila perlu)

Cara-cara:

  1. Hiris serong serai, halia panjang dan siat2 kan daun limau purut. Kemudian masukkan kedalam perut ikat tu. Korg refer laa gmbr.
  2. Cincang bawang putih. Hiris cili padi. Hiris daun ketumbar. Perah Limau dan masukkan sos ikan ikot rasa korg. Kemudian masukkan sedikit gula dan daun ketumbar yg dihiris halus. Sye tak letak garam sebab sos ikan dah masin. Dah bancuh, ketepikan dulu ye.
  3. Masukkan stok ayam/kiub ayam + air dalam kuali. Ikotlaa ske laa nak air bnyk mana.
  4. Bila air stok ayam dah mendidih, masukkan ikan kedalam kuali. Kemudian tutupkan kuali tu.
  5. Bagi yg pakai pengukus air stok ayam teros cmpur dgn ikan dan kukus terus mcm biasa. Tak perlu tggu stok ayam mendidih.
  6. Biarkan ikan tu bersauna dalam 15-20min sehingga dia dah nmpk masak. Kalau tgk x msak lg, tambahlaa masa ye.
  7. Kalau dah msak, korg masuklah ikan yg dah dimasak dgn air lebihan stok ayam tu ke dalam pinggan yg nak dihidang.
  8. Then korg curah je bahan bawang putih + cili padi brsame sos ikan dan perahan limau tadi keatas ikan.
  9. Hias laa ikan anda tu ikot suke korg. Mcm sye campakkan lebihan hirisan halia tadi dekat atas ikan tu. Korang kalau nak campak halia gitu, hiris laa halus lagi ye. Saya malas nak hiris halus lagi

Kredit: Nurul Zattul Iffah Amani

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

 

Published by
Azlin