Sedapnya resipi Ikan Talang Masin Masak Asam. Musim panas begini kadang-kadang selera makan kita berkurang. Terasa pula hendak makan yang rasa masam-masam. Menu yang ringkas tapi mampu membuka selera. Jom kita cuba resepi Ikan Masin Masak Asam yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat. – tomato dipotong enam. – air perahan asam jawa. – ikan talang dibersihkan dan dipotong. – cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
Ads
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
Ads
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Kuih LepatLabu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan labu – rebus dahulu labu hingga lembut kemudian baru disukat
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi kayu
3 ½ sudu makan gula
Secubit garam
Santan pekat – jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat
Daun pisang secukupnya – bersih & layurkan
BAHAN INTI:
Kelapa putih parut
Manisan @ gula melaka secukupnya
Sedikit air
Secubit garam
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering. 2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati. 3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur. 4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang. 5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.
Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Bahan Kisar
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.