Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Ringkas Tapi Membuka Selera

Share

Sedapnya resipi Ikan Talang Masin Masak Asam. Musim panas begini kadang-kadang selera makan kita berkurang. Terasa pula hendak makan yang rasa masam-masam. Menu yang ringkas tapi mampu membuka selera. Jom kita cuba resepi Ikan Masin Masak Asam yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie

RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:

Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland-BELI ONLINE DI SINI
2 tangkai cili besar-BELI ONLINE DI SINI
10 tangkai cili padi-BELI ONLINE DI SINI


2 biji tomato-BELI ONLINE DI SINI
½ mangkuk air asam jawa-BELI ONLINE DI SINI
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula

CARA MEMBUAT:

1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.

– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.

2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.

3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.

4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.

5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.

6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.

7.  Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.

8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.

 

9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.

10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan. 

 

Sumber kredit: Mohd Rozmie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN