Ikan Talapia Bakar Portugis Menu Tambah Selera, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap!

Share

Ikan Talapia Bakar Portugis Menu Tambah Selera, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap! Ia menu popular yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun cukup sedap dan membangkitkan selera. Aroma wangi bahan tumisan yang disalut pada ikan talapia yang dibakar buatkan rasa tak sabar nak makan dan menikmatinya bersama keluarga.

Menu terlajak sedap ini sesuai untuk yang berdiet atau makan bersama nasi. Tambah bendi dan bakar bersama pun sedap.

IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS

BAHAN KISAR:

  • Lada kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Sedikit belacan

INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan talapia
  • Serai
  • Daun limau purut

    CARA MEMASAK:

    1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.

2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.

3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.

4. Letakkan ikan atas aluminium foil.

5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.

6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Isna Awangkechik

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin