Makan

Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari, Mudah & Sedap. Campak-campak Siap!

Share

Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari menu mudah untuk disediakan. Bak kata empunya resipi campak-campak siap. Rasanya pun sedap dan cukup menyelerakan.

Bagi yang suka ikan tenggiri ini antara salah satu menu yang boleh anda buat untuk ikan kegemaran anda. Nak tukar ikan lain pun boleh juga tapi cara masaknya tetap sama.

Buat lauk makan tengah hari atau makan malam ni memang membangkitkan selera. Bolehlah cuba nanti!

Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari

BAHAN-BAHAN

3 keping isi ikan tenggiri – gaul garam kunyit dan goreng

2 biji bawang besar – hiris dan belah 6

2 inci halia

1 sudu halba campur

2 tangkai daun kari

3 ulas bawang putih – diketuk

5 biji cili padi

2-3 sudu cuka makan

1 cawan air

Garam secukup rasa

Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Perap ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, halba dan daun kari.
  3. Tumis sampai kekuningan dan terbit bau.
  4. Kemudian masukkan cuka makan. Kacau sebati.
  5. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan ikan, bawang besar yang dibelah 6, bawang putih yang diketuk dan cili padi. Kacau sebati.
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati dan biarkan seketika.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Liza Idris

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin