Ikan Tilapia Bakar Tempoyak Pedas Sedap Sampai Menangis Dibuatnya

Share

Sesuai untuk peminat ikan air tawar, resipi istimewa ikan tilapia yang disaluti ramuan tempoyak istimewa. Cara yang sangat mudah dengan hanya tumbuk semua bahan-bahan untuk dilumur pada ikan yang dibakar terlebih dahulu dan dibakar sekali lagi.

IKAN TILAPIA BAKAR TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN (TUMBUK):

  • Kunyit hidup besar ibu jari
  • Cili api 10 biji
  • 1 batang serai
  • 1 cawan tempoyak
  • 1 daun kunyit hiris halus
  • 1 batang serai ketuk

 

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan bahan tumbuk bersama tempoyak, daun kunyit yang telah dihiris, dan 1 batang serai yg diketuk, garam
  2. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, balut dengan daun kunyit/pisang, bakarkan
  3. Daun kunyit yang lain sapukan gaulan tempoyak di atasnya dan ikan yg telah siap dibakar diletakk di atas tempoyak. Selimut ikan dengan tempoyak secara keseluruhan
  4. Bakar semula sehingga ikan masak

 

 

Kredit: Fateen Amirah

Published by
Zera Naim