Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur. Ikut langkah berikut confirm berjaya.
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1.Pecahkan telur.
2.Masukkan garam.
3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)
4.Kacau sebati semua bahan.
Ads
5.Tapis supaya tiada bubble.
6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
7.Ikat kemas-kemas.
8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.
9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.
Ads
10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.
Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan
.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan air soya | yang pekat
4 biji telur
Garam secukup rasa
3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
2 batang saderi
1 peket sayur campuran
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.
Masak lemak cili padi ni popular di Negeri Sembilan. Hidangan ni menjadi kegemaran ramai dan sudah ada macam-macam cara memasak lauk masak lemak cili api. Ada juga yang panggil masak lemak kuning. RASA nak kongsikan tiga jenis lauk yang boleh dibuat masak lemak cili api. Nanti cuba tau.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak untuk menumis
1 batang serai (titik)
1 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil kunyit hidup (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
2 ekor ketam (bersihkan dan belah dua)
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan kecuali ketam, santan dan garam.
2. Setelah naik aroma, masukkan santan. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
3. Masukkan ketam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Selepas lima minit, tutup api.
5. Hidangkan panas-panas.
UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar (bersih dan tos)
1 batang serai (titik)
2 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup (kisar)
Seikat daun selom (potong)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
2. Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
3. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
4. Masukkan garam, udang dan daun selom.
5. Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
6. Hidangkan panas-panas.
TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai (titik)
1 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali telur.
2. Didikan kuah sehingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
5. Tutup api dan hidangkan.
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je.
Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.