Kentang putar atau mashed potato memang jadi kegemaran. Lagi pulak kalau dimakan dengan hidangan ayam goreng, ayam panggang, daging steak panggang memang padulah padanan rasanya.
Buatnya nampak macam senang tapi kalau tak kena gaya membuatnya, kentang korang akan jadi tawar, tak halus di mulut dan kurang masuk rasa krimnyadan teksturnya kadang-kadang masak tak sekata dan tidak masak sekata.
Ni min kongsi 7 tip masak kentang putar yang rasanya enak berkrim.
1. PILIH KENTANG TINGGI KANJI
Nak dapatkan tekstur kentang putar yang paling berkrim, langkah pertama pastikan anda memilih kentang Russet berisi putih atau jenis ubi kentang yang mengandungi kanji yang tinggi seperti Yukon Gold.
Ubi kentang berkanji tinggi mudah menyerap bahan-bahan seperti krim, susu dan mentega dengan lebih baik. Kentang yang rendah kandungan kanji akan menghasilkan kentang putar bertekstur liat.
2. KUPAS KENTANG SEBELUM REBUS
Hah, petua ni cukup penting, jika mahukan tekstur kentang putar lebih berkrim. Ya, kupas dahulu sebelum merebus kentang, ini supaya tiada cebisan kulit termasuk dalam hidangan.
3. MASUKKAN GARAM KE DALAM AIR REBUSAN KENTANG
Langkah ini penting supaya sajian kentang putar anda tidak tawar. Masalah ini boleh diatasi dengan masukkan garam terus ke dalam air rebusan anda. Cara ini juga menyebabkan kentang boleh diperasakan dengan lebih menyeluruh.
4. MASUKKAN KENTANG DALAM AIR SEBELUM DIPANASKAN
Bagi memastikan ubi kentang anda masak dengan lebih sekata, anda haruslah memasukkan kentang ke dalam air sebelum ia mendidih. Jika anda memasukkan kentang dalam air yang sudah mendidih, kentang anda mungkin tidak akan dimasak sehingga empuk dan akan mendapat ketulan kentang yang kurang masak dalam hidangan kentang putar anda.
5. AMBIL SEDIKIT AIR REBUSAN
Ketika merebus kentang, banyak kandungan kanji kentang akan terlepas ke dalam air. Dengan menggunakan sedikit air rebusan dalam proses menghancurkan kentang, ia dapat memasukkan semula kanji ke dalam hidangan anda untuk mendapatkan anda kentang putar yang lebih gebu.
6. MENTEGA DAN KRIM SUHU BILIK
Biarkan mentega dank rim dalam suhu bilik. Anda perlu gunakan bahan tenusu seperti mentega dan krim bersuhu bilik supaya kentang dapat menyerap rasa dengan lebih baik.
7. USAH TERLEBIH HANCUR
Ni selalu kita selalu terbuat silap ketika memasak kentang putar. Sebenarnya, anda kena kurangkan proses penghancuran kentang. Ini kerana jika kentang dihancurkan berlebihan, kandungan kanji kentang akan hilang. Bila kentang hilang kanji pastinya iag juga akan membuat hidangan kentang putar anda liat dan tak sedap.