Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantarayang di hoskan oleh Adam Didam dan Ili Sulaiman. Mereka akan menjelajah ke seluruh perusuk Nusantara untuk mempelajari satu hidangan yang ada persamaan dengan hidangan di Malaysia. Untuk episod pertama, Ili telah menjelajah ke Jakarta,Indonesia untuk mempelajari cara-cara menyediakan Nasi Uduk manakala Adam Didam pula bertemu pakar dalam penghasilan Nasi Lemak di Malaysia.
Nak tahu cara-cara pembuatan kedua-dua hidangan enak ini? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA MEMASAK NASI LEMAK & NASI UDUK
1. NASI LEMAK
BAHAN NASI:
2 cawan Beras
Halia
Daun Pandan
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
2 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMBAL:
10-15 biji bawang merah kecil
2 cm halia
Minyak
Cili Kering
Asam Jawa
Bawang Besar
Ikan Bilis
Garam
Gula
CARA MEMASAK NASI:
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung pada beras seperti memasak nasi biasa. (1 inci atau satu paras garisan di jari)
2. Masukkan garam dan simpulkan daun pandan. Masak seperti biasa di dalam rice cooker.
Ads
3. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat. Kacau rata. Biar sehingga masak.
4. Nasi siap untuk dihidangkan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Kisar bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis sehingga tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
2. Tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga cili dan bawang masak dan garing menggunakan api perlahan.
3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau.
Ads
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak dengan api perlahan.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh letakkan bawang besar hiris.
6. Sedia untuk dinikmati.
2. NASI UDUK
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan beras
1/2 cawan santan
2 batang serai
2 labu bawang putih
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam
3 helai daun pandan
1 biji buah pala | ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 sudu serbuk kayu manis
1 biji buah keras
2cm lengkuas
2cm halia
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pisang mudah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras sebanyak 4 kali kemudian toskan. Rendam selama 1 jam.
2. Kukus berasa selama 6 minit di dalam pengukus buluh (bamboo steamer).
3. Masukkan santan, serai, bawang putih, daun limau purut, daun salam, daun pandan, biji pala, buah keras, kayu manis, lengkuas, halia dan secubit garam. Perlahankan api dan masak sehingga wangi.
4. Tutupkan dengan daun pisang dan biarkan sejuk selama 15 minit.
5. Bungkuskan nasi dengan daun pisang dan hiaskan dengan bawang goreng.
6. Sedia untuk dinikmati.
Saksikan Jelajah Rasa Nusantara, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bercadang nak masak pulut kuning tetapi tercari-cari resipi yang mudah untuk dicuba? Ha…Kalau macam tu, resipi pulut kuning perkongsian saudarai Nazra Queen ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang atau sambal tumis ikan bilis, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes nasi ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Sangat mudah goreng nasi dengan rasa lemak telur masin ditambah pula dengan udang.
NASI GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
Bawang rose
Kuning telur masin
Udang
Cendawan enoki
Sawi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang sudah dihiris. Masukkan udang dan biar sampai bertukar warna. Selepas itu masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.
2. Masukkan nasi putih secukupnya dna gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayur pilihan anda seperti sawi dan cendawan enoki.
INFO:
Kalau tidak dapat yang hanya kuning telur masin sahaja. Boleh guna telur masin yang biasa tapi kurangkan yang bahagian putih sebab masin.
Kukus atau rebus dulu telur masin supaya mudah dilenyek nanti.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.