Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara yang di hoskan oleh Adam Didam dan Ili Sulaiman. Mereka akan menjelajah ke seluruh perusuk Nusantara untuk mempelajari satu hidangan yang ada persamaan dengan hidangan di Malaysia. Untuk episod pertama, Ili telah menjelajah ke Jakarta, Indonesia untuk mempelajari cara-cara menyediakan Nasi Uduk manakala Adam Didam pula bertemu pakar dalam penghasilan Nasi Lemak di Malaysia.

Nak tahu cara-cara pembuatan kedua-dua hidangan enak ini? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.

 

CARA MEMASAK NASI LEMAK & NASI UDUK

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

 

1. NASI LEMAK

BAHAN NASI:

  • 2 cawan Beras
  • Halia
  • Daun Pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAMBAL:

  • 10-15 biji bawang merah kecil
  • 2 cm halia
  • Minyak
  • Cili Kering
  • Asam Jawa
  • Bawang Besar
  • Ikan Bilis
  • Garam
  • Gula

CARA MEMASAK NASI:

1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung pada beras seperti memasak nasi biasa. (1 inci atau satu paras garisan di jari)

2. Masukkan garam dan simpulkan daun pandan. Masak seperti biasa di dalam rice cooker.

IKLAN

3. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat. Kacau rata. Biar sehingga masak.

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

4. Nasi siap untuk dihidangkan.

CARA MEMASAK SAMBAL:

1. Kisar bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis sehingga tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.

2. Tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga cili dan bawang masak dan garing menggunakan api perlahan.

3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau.

IKLAN

4. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak dengan api perlahan.

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh letakkan bawang besar hiris.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

2. NASI UDUK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 cawan beras
  • 1/2 cawan santan
  • 2 batang serai
  • 2 labu bawang putih
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 biji buah pala | ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 1 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun pisang mudah secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras sebanyak 4 kali kemudian toskan. Rendam selama 1 jam.

2. Kukus berasa selama 6 minit di dalam pengukus buluh (bamboo steamer).

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

3. Masukkan santan, serai, bawang putih, daun limau purut, daun salam, daun pandan, biji pala, buah keras, kayu manis, lengkuas, halia dan secubit garam. Perlahankan api dan masak sehingga wangi.

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

4. Tutupkan dengan daun pisang dan biarkan sejuk selama 15 minit.

5. Bungkuskan nasi dengan daun pisang dan hiaskan dengan bawang goreng.

Ili & Adam Kongsi Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1.

6. Sedia untuk dinikmati.

Saksikan Jelajah Rasa Nusantara, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI