Milo Dinosaur, Neslo, sirap bandung dan Horlicks merupakan perisa minuman yang amat dekat di hati penduduk Malaysia. Apabila di perantauan, kita pasti akan merindukan perisa-perisa ni kerana setiap satunya merupakan perisa kelahiran Malaysia. Hasil kreativiti rakyat Malaysia yang sentiasa inovatif mengolah resipi.
Sempena menyambut merdeka yang ke-63, The Nuttery mengetengahkan produk signature mereka, almond clusters, dengan gabungan keempat-empat perisa kegemaran Malaysia tersebut. Perisa-perisa ini bukan sahaja dapat mengembalikan kenangan nostalgia sewaktu kecil dulu tetapi dan juga menghargai citarasa rakyat Malaysia.
Bagi yang belum tahu apa itu almond clusters, resipinya menggunakan 100% kacang badam yang dipotong halus dan disaluti coklat premium. Nikmat kacang badam yang rangup bila digigit ditemani gabungan perisa coklat putih dan perisa-perisa lain. Tak terkata sedapnya.
Ads
The Nuttery hanya menyediakan perisa-perisa ini sewaktu bulan merdeka sahaja. Mereka ingin mengekalkan keistimewaan bulan ini dan buat pelanggan teruja untuk menanti edisi merdeka pada tahun akan datang. Mereka mungkin akan menambah perisa baru tahun depan. Tapi yang pastinya, empat perisa yang sedia ada akan dikekalkan kerana sudah terpaut di hati pelanggan yang membeli pada bulan ini.
Menurut kata pengasas The Nuttery, Datin Albita Tahir dan Khairina Khairiri, mereka hanya mengeluarkan stok terhad kepada 100 botol sahaja. Yang paling menyeronokkan, stok habis dalam masa seminggu. Permintaan pula masih tinggi setelah stok habis. Bukan sahaja yang belum merasa, yang dah merasa pun masih mahu membeli lagi. Tahun hadapan The Nuttery akan lebihkan stok untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Ads
Selain almond clusters, The Nuttery juga ada menawarkan blueberry muffin, brownies, double choc muffin, chicken & mushroom pie, dan banyak lagi. Buat yang berminat boleh kunjungi IG: @thenuttery_my
MAHU MEMBAKAR KEK DI CUTI MENJELANG KEMERDEKAAN INI, JOM LAYARINYA DI SINI.
Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular. Pucuk paku yang mudah dan berkhasiat seperti zat besi dan vitamin A.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Kalau ada banyak stok daging dalam peti sejuki, apakata cuba buat sajian barat pulak.
Resepi No 2 tu dagingnya dibakar dan ada ramuan istimewa ubi bit merah (beet root) yang terkenal dengan sifat anti oksidannya.
Pengarah Urusan MFA College ( tiga dari kanan) Datuk Mohd Farid Hj Alwi
Nah, ada 2 resipi inovasi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Chef Muhammad Haziq Masran, tenaga pengajar dari Malaysian Food (Authentic) College (MFA) . Terima kasih juga kepada Pengarah Urusannya Datuk Mohd Farid Hj. Alwi yang banyak melahirkan tenaga Chef profesional .
BEEF TENDERLOIN WITH PUMPKIN AND GLAZED CARROT
BAHAN- BAHAN :
Bahan daging :
2 sudu kecil minyak canola
100 gm daging batang pinang | potong beberapa bahagian
½ sudu kecil garam
¾ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk cumin
½ sudu kecil paprika
¼ sudu kecil serbuk bawang putih | dicincang halus
Bahan ‘glaze’ :
1 cawan lobak merah | dipotong kiub dan rebus
1 sudu kecil mentega tanpa garam
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil daun parsly | dicincang
1 sudu besar buttermilk
1 cawan labu | dipotong kiub dan rebus
1 sudu besar daun bawang | dicincang
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan garam, lada hitam, paprika,cumin,serbuk bawang putih bersama daging dan biarkan seketika. Kemudian panggang selama 3-4 minit dan balikkan di kedua bahagian. Penyediaan glaze : 2. Masukkan lobak merah dan setengah cawan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian tambahkan mentega, buttermilk dan madu kedalam periuk. Kacau sehingga larut, dan biarkan ia berkilat dan lembut selama 3 minit. Siap untuk dihidang daging panggang tadi.
INFO : Perapkan bersama lemon jika ingin daging lembut
BEETROOT AND ROSEMARY BEEF PATTY
BAHAN-BAHAN :
½ biji bawang Holland | dicincang halus
1 sudu kecil minyak canola
½ biji ubi bit merah (beetroot) | dicincang
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil rosemary
1 sudu kecil lada hitam
500 gm daging cincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumis bawang bersama minyak canola. Selama 2-3 minit, sehingga keperangan 2. Campurkan kesemua bahan-bahan bersama daging di dalam mangkuk dan gaul bahan sehingga rata. Dan bentukkan daging menjadi bulat 3. Panaskan minyak canola masak daging sehingga masak 4. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama roti
Info : Ubi bit merah atau beetroot dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan antioksidan. Ia juga sumber Vitamin C yang baik.
Terima kasih: Pengarah Urusan MFA College, Datuk Mohd Farid Hj. Alwi Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Daging lembu sebenarnya sangat sedap kalau pandai dimasak dengan betul. Teknik menggoreng adalah salah satu cara memasak daging yang sedap dan menyelerakan. Kali ini RASA nak kongsikan cara masak daging goreng sos tiram bersama kacang pis.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
Bahan Perapan Daging
500 gram daging (hiris nipis)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
* Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Bahan Tumis
4 ulas bawang putih (cencang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 cm halia hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain
3 sudu makan minyak masak
400 gram kacang pis (bersihkan)
1/2 biji cili benggala (dihiris)
Garam gula secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua Bahan Perapan Daging. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan Bahan Tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan daging yang diperap. Kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
4. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala. Kacau 3 minit.
5. Tuangkan bancuhan Bahan Sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!