Ubi rebus yang dinikmati bersama dengan sos karamel manis yang diperbuat dari gula melaka. Untuk rasa lebih enak, boleh juga dihidangkan bersama santan.
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
- 250gm gula perang
- 100gm gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 400ml air
CARA MEMASAK:
- Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
- Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
- Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
- Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Talam Pulut Sekaya Telur Lemak Manis
Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telur oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.Jika tidak sukakan bau dan rasa bunga cengkih, anda tidak perlu menggunakannya di dalam resipi ini dan gantikan dengan esen vanila.
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
Kuih Tradisiosnal Ni Sungguh Sedap,Terasa Rasa Lemak & Manis.
Kebanyakan kuih-muih di Kelantan berasaskan tepung pulut, beras, santan dan wajib manis, sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik-pelik. Ternyata orang-orang Cik Siti Wan Kebang kreatif buat kuih. Tak percaya cuba beberapa jenis kuih yang Rasa kongsikan resipinya ini. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.
BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
- 1/2cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1/2cawan air daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan
3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung beras
- 10 biji telur
- Sedikit pewarna oren
BAHAN SIRA:
- 500ml air
- 150gm gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
- Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
- Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
- Bakar hingga kekuningan atau garing.
- Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
- Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan daun pandan dan cengkih.
- Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
- Kuih sedia dihidangkan.
KUIH ULAT BULI
BAHAN-BAHAN:
- 1cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung pulut hitam
- 3/4 cawan air
- 1 sudu teh air kapur
- 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
- 1/2cawan kacang hikau
- Sedikit gula Melaka
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 1/2 kelapa parut
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
- Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
- Kacau rata hingga garing.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
- Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
- Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
- Buat sampai habus.
- Didihkan air kemudian, rebus adunan.
- Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
- Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
- Sedia dihidangkan.
TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji putih telur
- 500ml santan
- 400gm gula pasir
- 100gm tepung pulut
- 150gm tepung beras
- 1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
- Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
- Kemudian sejukkan
- Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.
BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
- 160gm tepung beras
- 200gm gula
- 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
- 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
- 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
- 800ml santan
- 1sudu teh garam halus
- Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
3.Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
4. Campur ubi dan pisang.
5.Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
Resipi Pau Goreng Inti Kacang Merah Rangup & Sedap, Makan Panas-panas Tak Cukup Satu!
Pau goreng inti kacang merah yang rangup dan sedap sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan. Buat doh pau lebih sikit boleh juga diisikan dengan inti lain atau juga goreng kosong.
Pau goreng macam ni memang sedap untuk dijadikan menu ketika sarapan mahupun minum petang. Pau goreng berinti kacang merah, inti sambal antara yang menjadi pilihan ramai. Rangup di luar lembut di dalam.
Makan dengan keluarga sambil minum kopi atau teh cukup menyelerakan. Makan pula panas-panas memang tak cukup satu. Bolehlah cuba nanti!
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu
Bahan-bahan:
800 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil gula
½ gelas air suam
1 peket yis
Air sejuk secukupnya
Cara Memasak:
Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.
Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.
Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit2 ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.
Kemudian, tumbuk2 manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.
Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat2kan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.
Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.
Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.
Sedapnye makan panas, dengan intinya yang meriah.
Kredit resipi dan foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Ropa Inti Sardin Kentang, Tepung Ubi Rahsia Kulitnya Rangup
Kulit Karipap Letak Daun Sup. Buat Macam Ni Memang Sedap & Wangi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official