Kelihatan dari luar Restoran Kukus sudah ramai yang berbaris walaupun hari panas terik. Biarpun begitu semua tidak berganjak kerana ingin menikmati hidangan dalam suasana santai di warung lama seperti zaman dahulu. Tambah lagi bila didendangkan dengan lagu P.Ramlee sungguh mengimbau nostalgia lampau. Restoran ini khabarnya telah lama beroperasi dan kesempatan pertama kali ke sini tidak penulis siakan dengan menikmati menu dan menghayati suasana santai di sini.
Berlatarkan zaman P.Ramlee, Restoran KUKUS yang terletak di Lembah Klang, Selangor ini dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Nyata restoran saban masa didatangi pengunjungi yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.
Ruang Makan Santai Seperti Warung Lama
Berkunjungi ke sini mata ralit menikmati panorama ruang yang dihiasi dengan barang-barang lama zaman tok-tok kita dahulu. Kelihatan deretan tin kopi dan botol air lama di ruang utama dan televisyen lama serta kuda rotan menjadi tumpuan tarikan di kaunter pembayaran. Lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee galak berkumandang buat kita berat nak berganjak. Nyata pengunjung dapat mengimbau nostalgia lama sambil menikmati suasana unik di sini.
Datang ke sini rugi kalau tak mencuba hidangan istimewa mereka dikenali sebagai “Tongmo” yang merupakan daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dandisumbat ke dalam usus lembu nipis. Tongmo merupakan makanan tradisional rakyat Kemboja yang popular dengan sosej Kemboja. Ini adalah menu tumpuan utama pelanggandi sini.Tong Mo yang dibakar di atas dapur arang tidak saja menerbitkan aroma yang memikat selera.
Selain Tongmo, masakan cita rasa Pahang seperti gulai patin tempoyak, patin masak asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi kayu, ayam masak kunyit, dan kari kaki ayam turut ditawarkan kepada pengunjung.
Jika mahukan menu klasik bolehlah memesan menu seperti lempeng kelapa, pisang rebus dan telur goyang bersama minuman kopi kampung. Pasti buat korang teruja.
Kukus sesuai dijadikan lokasi santai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Ruang makan sangat selesa dan santai. Kalau nak ke sini, memang tak susah boleh guna google maps atau waze, mesti sampai. Nak datang sini digalakkan datang awal, kerana jika lewat memang penuh, maka kenalah tunggu dan berbaris mengikut SOP yang ditetapkan.
Selamat makan makan bersama keluarga di Hari Merdeka.
MAHU MEMBAKAR KEK DI CUTI MENJELANG KEMERDEKAAN INI, JOM LAYARINYA DI SINI.