Info Menarik Mengenai Air Soya, Tauhu & Tempe Yang Perlu Anda Tahu.

Share

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, 11 kali ganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

 

foto: http: janellapurcell.com

Walaupun kecil, tapi banyak makanan yang boleh dihasilkan menggunakan kacang ini. Antara yang popular ialah tauhu, tempe dan juga air kacang soya.

 

MANFAAT AIR SOYA

Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang sangat menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Kalau ke pasar malam, memang banyak orang jual air ni. Nikmati sejuk atau panas, dua-duanya sangat enak. Tapi, ia bukan sahaja sedap tapi banyak manfaat untuk tubuh badan. 

Kandungan air kacang soya terletak pada komponen dalam soya yang meliputi karbohidrat, serat (fiber), vitamin E dan K, asid lemak essensial. Lisin adalah jenis asid amino yang banyak terkandung dalam air soya.

foto: www.extracrispy.com

Air kacang soya juga merupakan sumber protein yang sangat lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Soya mengandungi sembilan asid amino esensial. Tubuh akan mengubah asid amino menjadi protein baru, termasuk antibodi penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh dan enzim yang membantu sel-sel menghasilkan energi. Setiap secawan air soya tanpa gula, mengandung 7 gram protein.

Air kacang soya juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh manusia. Berikut beberapa kandungan vitamin dan mineral daripada air kacang soya ini :

  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Riboflavin
  • Vitamin B12

Antara KEBAIKAN yang boleh didapati dengan meminum air kacang soya ialah;

 

1. UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling sering dialami oleh lelaki. MayoClinic.com (portal kesihatan dunia) menyarankan untuk melakukan diet rendah lemak tepu dan sodium serta tinggi protein untuk mencegah masalah kardiovaskular. 1 cawan air kacang soya mengandung 3.6 gram lemak, 6.3 gram protein, 104 kalori dan hanya 0,5 gram lemak tepu. Selain rendah kalori, lemak dan tinggi protein, nisbah lemak tepu  dan tak tepu kacang soya dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.

2. MENGURANGI KOLESTEROL DALAM DARAH

Antioksidan dalam isoflavon pada kacang-kacangan seperti soya, mampu menaikkan kadar HDL yang baik untuk kesihatan jantung. Manakala lesitin dipercayai dapat membantu menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah yang dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh.

3. MENGURANGI RISIKO DIABETES

Protein di dalam air kacang soya lebih mudah diolah oleh buah pinggang pesakit diabetes, dibandingkan dengan protein haiwan seperti susu lembu.

4. MENCEGAH OSTEOPOROSIS

Osteoporosis merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh bertambahnya usia dan kekurangan hormon. Fitoestrogen dalam kacang soya dapat membantu mempercepat penyerapan kalsium oleh tubuh dan mencegah hilangnya massa tulang yang dapat menyebabkan osteoporosis. Untuk manfaat maksimum, pastikan untuk membeli air kacang soya yang diperkaya dengan kalsium tambahan dan vitamin D.

5. BAGUS UNTUK ORANG DIET

Air kacang soya juga dapat memenuhi keperluan zat bagi yang berdiet. AirAir kacang soya rendah lemak, namun tinggi protein. Walau bagaimana pun, apa juga yang kita ambil perlu bersederhana. Dikatakan air kacang soya tidak bagus diambil oleh mereka menghidap kanser payudara.

 

ADA APA DENGAN TAUHU?

Satu lagi makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ialah tauhu. Ia merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya. Tauhu dibuat dengan mengeraskan pati soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Pati soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan khasiat kesihatan.

foto: thespruce.com

 

Pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan tauhu dan pastinya ia bukan sahaja sedap bahkan penuh khasiat. Dari sudut kesihatan, antara khasiat tauhu ialah:

1. MENINGKATKAN PENGELUARAN TENAGA

Tauhu merupakan sumber zat besi yang baik. Setiap 100 gram tauhu menyediakan 30% daripada yang diperlukan badan dalam hari. Zat besi dalam tauhu ini bersatu dengan hemoglobin di dalam badan yang membantu proses pemulihan dan pelepasan oksigen ke seluruh tubuh yang kemudian menghasilkan tenaga baru. Mineral ini diperlukan tubuh agar zat besi boleh bekerja baik di dalam sel darah merah.

2. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Tauhu yang tinggi protein membuatkan perut tidak cepat merasa lapar selepas memakannya. Juga, sifat rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambah kalori tambahan untuk menu diet anda.

3. MASALAH RAMBUT GUGUR

Rambut memerlukan banyak protein kerana hampir 97% pertumbuhan rambut datang daripada protein. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, maka tubuh anda akan mengambil protein daripada sumber yang lain. Salah satunya adalah rambut anda. Tidak hairan jika rambut mudah patah, kering dan gugur. Oleh kerana itu sangat disarankan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Tubuh anda memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, maka jangan abaikan nutrisi ini.

4. ANTI-PENUAAN

Manfaat lain daripada makan tauhu dengan kerap ialah ia melambatkan proses penuaan dengan ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan. Membuat pes tauhu dan diletakkan pada muka juga merupakan idea yang baik kerana ia menyuburkan kulit.

 

TEMPE TURUNKAN KOLESTEROL?

Tempe jauh lebih kaya nutrisi jika dibanding dengan produk-produk soya yang lain. Ia lebih padat dan hanya mengandungi sedikit kadar air,  menyediakan dua kali kalori, lemak, protein serta empat kali lebih banyak karbohidrat. 

foto: wikimedia.org

Ia dihasilkan dari kacang soya yang diperam bersama ragi untuk tempoh tertentu. Menurut kajian, kandungan zat yang terkandung di dalam tempe setanding dengan kandungan gizi yang ada pada yogurt. Untuk menikmatinya pula, tidak perlu dimasak dengan resipi sukar. Tempe yang hanya digoreng bersama garam dan kunyit atau ditambah ke dalam lauk pauk pun sudah cukup untuk menyerlahkan rasa serta keenakannya.

Antara kebaikan dengan memakan tempe:

  1. Membantu menurunkan kolesterol
  2. Menguatkan tulang dan menyingkirkan gejala menopaus
  3. Mengurangi risiko kanser
  4. Mencegah anemia

 

Oleh itu, lepas ni bolehlah masukkan hidangan soya ini dalam juadah harian anda. Selamat mencuba!

Published by
Nur