Burger, Muffin, Keropok, Murtabak, Pizza dan banyak lagi menu dalam koleksi ini adalah olahan dari mi segera, Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya  menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan  asyik mi segera biasa-biasa je.  Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan 10 resipi yang RASA kongsikan ini untuk anda semua mencuba.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
  • 1/2 cawan hirisan daun bayam
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • Sedikit potongan dadu lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 Sudu teh garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
  2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
  3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
  4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
  5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
  6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
  7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

 BURGER DAGING MI KERING

BAHAN-BAHAN:

UNTUK MI

  • 3 keping mi kering | rebus dan tos
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Piring sos saiz besar | untuk acuan

BAHAN PATTY DAGING:

  • 250gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • 1/2 sudu teh garam halus

BAHAN-BAHAN LAIN:

Ads
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Tomato ceri
  • Beberapa keping keju
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat membentuk mi bagi mengantikan roti, pecahkan telur dalam mangkuk kemudian tambahkan garam dan perasa ayam.
  2. Kacau rata, masukkan mi yang telah dicelur ke dalamnya, Gaul lagi.
  3. Seterusnya masukkan campuran telur dan mi dalam piring sos saiz besar sebagai acuan.
  4. Panaskan pengukus dan kukus lima minit.
  5. Setelah mi membentuk seperti roti, bakar pula lebih kurang 7-10 minit supaya mi kelihatan garing keperangan. Setelah siap ketepikannya.
  6. Untuk sediakan petty. Campurkan daging kisar, serbuk lada hitam, serbuk roti dan garam. Gaul rata hingga sebati.
  7. Bentukkan bulat kemudian leperkannya.
  8. Panaskan sedikit mentega di atas kuali leper kemudian goreng daging hingga keperangan lebih kurang lima minit. Jangan terlalu garing, asal masak cukup.
  9. Untuk membuat burger. Ambil dua keping roti mi segera yang telah siap tadi. Sapukan bahagian bawah dengan sos cili, bahagian atas dengan mayones.
  10. Lapiskan atas roti mi lapisan sos cili dengan hirisan timun dikuti, pattie kepingan keju dan tomato.
  11. Akhir sekali lapiskan dengan satu lagi lapisan mi segera yang disapu dengan mayonies..
  12. Burger mi siap dan sedia dihidangkan.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

KEROPOK LEKOR MI  DAUN KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 1  biji telur
  • 4 sudu makan tepung  ganadum
  • 2 sudu makan tepung ubi.
  • 1/2  cawan hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
  2. Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
  3. Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
  4. Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
  5. Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
  7. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  8. Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
  9. Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

KOKTEL MI GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 10-12  biji koktel ayam
  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • Lidi satey secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
  2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
  3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
  4. Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
  5. Angkat dan toskan minyak.
  6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

MI SOSEJ KEJU BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi segera kari | celur dan tos
  • 4 biji telur
  • 1 cawan parutan kaju Mozzarella
  • 1/2 cawan keju parmesan
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

4 batang sosej | hiris nipis

6 kuntum cendawan shitake | cincang

BAHAN TUMISAN:

  • 1/2 biji bawang Holland | cincang
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 paket perencah mi kari
  • 1 sudu makan serbuk kari

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan  perencah kari bersama serbuk kari, kacau seketika masukkan sedikit air.
  3. Apabila pecah minyak masukkan sosej dan cendawan shitake.
  4. Gaul rata dan rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit garam gula.
  5. Tutup api jika sudah masak. Ketepikan.
  6. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata, tambahkan dengan serbuk perasa ayam.
  7. Kacau rata, kemudian masukkan mi yang telah dicelur tadi bersama bahan tumisan.
  8. Kacau rata, masukkan separuh dari keju Mozzarella gaul sekata. Ketepikan.
  9. Panaskan ketuhar, 180C.
  10. 10 Masukkan campuran mi kering dengan tumisan tadi ke dalam acuan aluminium foil yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  11. Taburkan lebih Mozzarela dan parmesan di atasnya.
  12. Bakar lebih kurang 30-40 minit.
  13. Setelah masak dan sejuk, ia sedia dihidangkan.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

MINI MUFFIN MI BALOGNES

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 3 biji telur
  • 6 kuntum cendawan shitake
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang
  • 3 ulas bawang putih  | cincang halus
  • 3 sudu makan sos balognes segera
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garan
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu makan mentega
  • 10 biji tomato ceri | belah empat untuk hiasan
  • Sedikit keju parmesan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan sos balognes, kacau rata masukkan pula daging kisar.
  3. Kacau rata seketika kemudian masukkan cendawan shitake.
  4. Seterusnya masukkan serbuk lada sulah, oregano, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa masukkan mi yang telah dicelur tadi.
  6. Tutup api dan gaul rata. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
  7. Dalam mangkuk pecahkan telur dan kacau rata.
  8. Tuangkan telur dalam bekas berisi mi yang telah digaul dengan sos balognes. Gaul rata.
  9. Masukkan dalam paper cup kecil dan taburkan di atasnya dengan keju parmesan dan hias dengan hirisan tomato ceri.
  10. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan pada suhu 170C lebih kurang 15 minit.
  11. Setelah masak, keluarkan muffin dari ketuhar dan sejukkan seketika.
  12. Muffin sedia dihidangkan.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

MURTABAK MI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 3 biji telur
  • 6-7 keping kulit popia
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1/2 cawan hirisan halus kubis
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
  4. Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
  7. Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
  8. Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
  9. Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
  10. Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
  11. Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
  12. Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
  13. Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

PIZZA MI CENDAWAN

BAHAN-BAHAN

BAHAN MI

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam halus

BAHAN TOPPING:

Ads
  • 1 cawan parutan keju mozzarella
  • Sedikit hirisan cili benggala kuning dan merah
  • 1 cawan cendawan butang dalam tin | hiris nipis
  • 5 biji tomato ceri | belah dua
  • 3 keping bacon ayam | hiris halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu kasar
  • 3 sudu makan sos balognes
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan mi, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan serbuk lada sulah, perasa ayam dan garam. Kacau rata.
  2. Masukkan mi yang telah dicelur, gaul rata.
  3. Masukkan dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 10-15 minit.
  5. Sementara itu sediakan topping.
  6. Panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang Holland, kacau rata masukkan sos balognes.
  7. Kacau rata, masukkan bacon ayam, cendawan dan cili benggala.
  8. Lengkapkan rasa dengan serbuk lada sulah, perasa ayam, oregano, garam dan gula.
  9. Tuangkan tumisannya ini atas mi yang telah dibakar tadi.
  10. Ratakan bahan tumisan melapisi permukaan mi, kemudian taburkan hirisan tomato ceri dan parutan keju mozzarella di atasnya.
  11. Bakar semula pizza dengan api atas selama lima minit lagi atau hingga keju cair dan sedikit perang bahagian atas pizza ini.
  12. Pizza sedia dihidangkan.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

POPIA MI KEJU BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 12 keping kulit popia
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit lobak merah | dadu halus
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
  3. Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
  4. Terus kacau hingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
  7. Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
  8. Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
  9. Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
  10. Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.

Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.

PUFF MI CENDAWAN CARBONARA

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping mi segera | celur dan tos
  • 5 keping pastri puff segera
  • 3 sudu makan sos carbonara
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji kuning telur | kacau rata
  • 2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
  3. Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
  4. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
  6. Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
  7. Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
  8. Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
  9. Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
  10. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
  11. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI