Ini 2 Menu Air Tangan Aunty Aini Yang Sangat Sedap & Pedas Berapi, Korang Boleh Cuba Ni.

Share

Anda penggemar masakan Negeri Sembilan, pastinya menyukai masakan yang menggunakan cili padi seperti Gulai Lemak dan Rendang yang sebut saja pasti kecur air liur terbayangkan rasanya yang pedas sedap. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA bawakan dua menu istimewa masakan negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai.  Dua menu ini dikongsikan oleh  Aunty Aini, pemilik Aini’s Garden Café serta pengacara  Rasa Insta Famous dan Ketuhar Kuali.

MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm  cendawan sisir | cuci bersih & to
  • Sedikit  pucuk ubi kayu
  • 250ml santan pekat
  • 50 ml air
  • 50gm ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang serai | titik
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
  2. Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
  3. Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau  rata.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Tutup api, dan sedia dihidangkan.

RENDANG ITIK SALAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor itik salai | potong kecil
  • 2 biji kelapa  | ambil santan pekat sahaja
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 sudu makan minyak masak  | untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm lengkuas
  • 4  batang serai
  • 3cm kunyit
  • 3cm halia
  • 20 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN REMAH RATUS:

  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu teh Jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam

 CARA MEMASAK:

  1. Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
  5. Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.
  6. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  9. Tutup api dan rendang itik sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin