Sarapan dengan pancake atau lempeng, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak?  Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan.  Korang kena buat beberapa perkara berikut;

Ini 3 Cara Buat Pancake Yang Lembut Gebu,  , Mak-Mak Boleh Cuba Ni.

Ads

Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.

Ini 3 Cara Buat Pancake Yang Lembut Gebu,  , Mak-Mak Boleh Cuba Ni.

Asingkan bahan Kering dengan basah. Tepung gandum, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk.  Campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.

Ads

Ini 3 Cara Buat Pancake Yang Lembut Gebu,  , Mak-Mak Boleh Cuba Ni.

Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI