Sayangnya, pasta yang korang masak untuk hidangan makan malam tak habis.  Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.

Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal  untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.

Caranya mudah sahaja, agar  pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.

Ini 3 Cara Panaskan Pasta Yang Tak Habis.

Renjis Air Atas Pasta:

IKLAN

Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.

Ini 3 Cara Panaskan Pasta Yang Tak Habis.

Panaskan Guna Api Sederhana:

IKLAN

Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.

Ini 3 Cara Panaskan Pasta Yang Tak Habis.

IKLAN

Tambahkan Sedikit Sos:

Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi.  Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.

  

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI