Ini 3 Menu  Avocado Yang Sungguh  Sedap & Sihat, Mehlah Cuba.

Share

Musim buah Avocado sudah bermula, berita baik untuk penggemar buah lonjong berwarna hijau berisi lembut dan lemak rasanya ini juga sudah mula dijual di kebanyakan pasaraya-psaraya utama. Sempena dengan musim ini juga, Taste Australia dengan kerjasama Jaya  Grocer Starling Mall telah melancarkan kempen ‘Tasty And Nutritious Avacado’.

Sesuai dengan kempen untuk memberi kesedaran tentang  makanan berkhasiat melalui pengambilan buah Avocado yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk diet sihat. Menariknya, selain dapat berkongsi info berkaitan dengan buah avocado yang tengah musim di Australia ini, berikut RASA kongsikan tiga menu berasaskan avocado yang disediakan oleh Alexandra Prabahan (Certified Nutritionist and Health Advocate) sewaktu menunjukkan demo menyediakan tiga menu sihat yang sungguh lazat ini di majlis terserbut.

AVOCADO DEVILLED EGGS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji acocado masak
  • 4 biji telur | rebus
  • 2 sudu teh mustard
  • 1 cubit cayenne
  • 1 cubit paprika
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit perahan jus limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Telur yang direbus dibelah dua, keluarkan telur kuning.
  2. Masukkan telur kuning dalam mangkuk dan gaul rata dengan isi avocado, mustard, jus limau, cayenne dan paprika.
  3. Gaul hingga rata dan cukup rasa.
  4. Kemudian sudu atau paipkan ke dalam telur putih tadi dan hiaskan dengan daun ketumbar.
  5. Avocado Devilled Eggs sedia dihidangkan.

MALAYSIAN AVOCADO SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji avocado
  • 1 sudu gula Melaka | dimasak dengan sedikit air dan daun pandan
  • 3/4 cawan susu badam
  • 1/4 cawan santan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga halus
  3. Tuangkan dalam gelas dan sedia dihidangkan.
  4. Jika suka boleh tambahkan ais.

AVOCADO CHOLATE MOUSSE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji avocado
  • 1 biji buah pisang masak
  • 1/4 cawan santan
  • 1-3 sudu teh madu | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
  • 2-3 sudu teh serbuk koko | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
  • Buah beri untuk topping

CARA MEMASAK:

  1. Campurkn semua bahan dalam mesin pengisar.
  2. Kisar halus, kemudian masukkan dalam mangkuk.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  4. Hias atasnya dengan buah beri sebelum dihidangkan.

Kalau korang nak cuba menu yang disediakan ini, sebelum membeli avocado, berikut tip untuk mengenalpasti kematangan buaha avocado sebelum ia boleh diolah dalam pelbagai sajian  atau dimakan terus:-

  • Belum masak : Kulit berwarna hijau cerah dan fizikalnya agak keras.
  • Hampir masak : Kulit berwarna seakan coklat dan tidak berkilat.
  • Sudah masak : Kulit berwarna hitam dan jika dirasa fiziknya lebih lembut.

 

 

 

 

.

 

Published by
Norasida Myasin