Ini 3 Menu Daging Paling Ringkas & Sedap, Boleh Buat Lauk Sahur Nanti.

Share

Ramai tak suka masak daging dengan alas an ambik masa nak masak. Tapi sebenarnya kalau nak tahu, daging boleh juga dimasak dengan cepat sepantas lima-10 minit dengan syarat korang guna daging batang pinang, hiris nipis atau paling senang rebus dulu daging kemudian hiris nipis. Kedua pilih resipi yang ringkas, tak banyak bahan dan mudah cara memasaknya. Untuk itu, RASA bawakan korang tiga menu daging yang ringkas dan sedap.

DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging yang telah direbus | hiris nipis
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 biji tomato | hiris dadu
  • 1 sudu makan yogurt
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN CINCANG HALUS:

  • 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan cincang halus hingga wangi.
  2. Masukkan campuran rempah dan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan pula yogurt.
  4. Seterusnya masukkan daging dan hirisan daun ketumbar.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api dan masukkan hirisan tomato, gaul rata.
  7. Daging sedia dihidangkan dengan nasi panas.

DAGING GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
  • Sedikit hirisan cili Benggala merah
  • Sedikit hirisan cili Benggala hijau
  • 4 biji cili padi | hiris memanjang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.

DAGING MERAH:

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1  sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin