Selamat tahun baru, kalau anda ingin mulakan tahun baru dengangaya hidup lebih sihat dan bertenaga. Apa kata korang cuba dengan menyediakan menu mudah yang lebih sihat untuk makan tengahari atau malam. Tapi tak tahu macam mana nak masak? Jangan bimbang, RASA kongsikan tiga masakan yang gerenti sedap, sihat dan paling penting menunya ringkas dan mudah disediakan.
AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
Ads
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar.
Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang bendi
Sedikit garam
Air
BAHAN SAMBAL:
10 -15 cili padi
5 batang cili merah
10 cm belacan bakar
2 – 4 biji limau kasturi
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
100ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Ads
Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dalam ais sejuk. Tos dan Ketepikan.
Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa.
Akhir sekali, tambah dengan garam secukup rasa dan gula.
Hidangkan bersama kacang bendi yang sudah dikukus tadi.
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara tersebut. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah dan boleh sesuaikan dengan cita rasa anda dan keluarga. Berikut, Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.
MI DAGING VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
500gm tulang | cuci bersih dan tos
3cm halia muda | hiris memanjang
1 biji bawang besar | potong dadu kecil
4 ulasa bawang putih | titik
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan sos ikan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Daun sup secukupnya
Tauge secukupnya
Limau nipis atau lemon | ikut suka
Sambal kicap / hirisan cili
Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah secukup rasa . tutup api.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.
POPIA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia Vietnam
100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | celur
100gm bihun | celur
Daun selasih secukupnya
Daun pudina secukupnya
Tauge secukupnya
Daun salad secukupnya | potong kecil
Daun ketumbar secukupnya | hiris
Garam secukupnya
Air secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi merah dan hijau | hiris halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan gula
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air panas
CARA MEMASAK:
Siapkan semua bahan isian dulang kemudian ketepikan.
Sementara itu rendam kulit popia dalam air panas seketika, angkat dan toskan ainya.
Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan isiannya ikut kreativiti.
Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia.
Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.
Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, Campurkan semua bahan kacau rata.
Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.
BUBUR NASI VIETNAM (CHAO CA VIETNAM)
BAHAN-BAHAN:
200gm beras | cuci bersih dan tos
2 ulas bawang merah | mayang galus
2 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak
BAHAN KUAH SUP:
2 liter air rebus daging
1 batang lobak merah | hiris memanjang 3 cm
4 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
BAHAN ISIAN:
Hirisan daging
Hirisan daun bawang
Hirisan daun ketumbar
Hirisan halus halia
Tauge
Sambal kicap / hirisan cili
CARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyediakan kuah sup, Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging, perasakan dengan serbuk lada sulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah mendidih, Ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan beras, goreng seketika, kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan sup tadi.
Kacau dan biarkan ia mereneh atas api kecil hingga menjadi bubur nasi pekat.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian letakkan hirisan daging di atasnya, hirisan dan sup, daun ketumbar, halia dan tauge.
Hidangkan bersama dengan sambal kucap atau hirisan cili.
ASAM LAKSA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
250gm daging | rebus dan hiris nipis
250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
1500ml air rebusan daging
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | titik
3cm lengkuas | ketuk
6 helai daun limau purut | carik-carik
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar | hiris
Daun bawang | hiris
4 biji telur rebus | belah dua
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
Sedia dihidangkan.
CREPE PEDAS VIETNAM (BANH XEO)
BAHAN UNTUK CREPE:
2 cawan tepung beras
3/4 cawan santan
1 ½ cawan air sejuk
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun bawang | hiris halus
BAHAN ISIAN:
300gm udang | buang kulit dan cincang
½ biji bawang holland | cincang halus
1 cawan tauge
3 pokok daun ketumbar | hiris
2 sudu makan minyak masak
Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
Tumuskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
Seterusnya, oleskan minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
Crepes sedia dihidangkan.
SANDWICH VIETNAM (BAHN MIE)
BAHAN-BAHAN:
1 batang roti baguette | belah dua
1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
1/2 batang timun | hiris halus memanjang
Daun ketumbar secukupnya
Daun Salad secukupnya
Tomato secukupnya
Hirisan daging panggang
BAHAN SOS:
Sedikit hirisan cili padi
1/2 biji lemon | ambil jus jus
1 sudu makan gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
Kemudian sediakan bahan sos.
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.
Menerusi posting di Facebook, saudari Rohaizan Saari tidak lokek berkongsi cara beliau menghasilkan mayones, sos lada hitam dan sos cili thai yang dibuat secara homemade.
Mayones, sos lada hitam dan sos chili thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni semua nak save. Buat sendiri terjamin kebersihannya kan? Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya! Aminnn…tak perlu beli lagi.
Kalau nak kuantiti yang banyak, gandakan je resepinya. Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak. Mayones dan sos chili boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam peti sejuk dengan cara penyimpanan yang betul. Back papper saya tak pasti. Saya berniaga jadi tak sempat simpan lama. Dah habis! Saya akan buat 3 jenis sos tu seminggu 2 kali. Selamat mencuba!
1. MAYONES
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur mentah – ambil putih dan kuning telur sekali ye
4 sudu makan gula
1 sudu makan garam
1/2 biji jus lemon – boleh gantikan dengan 1 sudu besar @ lebih cuka makan
2 cawan minyak masak /minyak jagung
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dan kisar.
Setelah sebati, masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai habis. Terus kisar sehingga adunan jadi putih dan likat.
Kemudian masak bahan tadi menggunakan api paling kecil. Kacau hingga pekat. Pastikan ia sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih.
Bila dah dapat konsistensi @ kepekatan yang anda nak, padamkan api dan sejukkan.
Kisar sekali lagi hingga dapat tekstur yang halus. Siap! Sedia untuk digunakan.
2. SOS LADA HITAM @ BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan lada hitam ( rendam dalam air selama 4 jam. Jika nak rasa lebih pedas, boleh lebihkan) – kisar
3 sudu makan tepung gandum – boleh lebihkan jika nak kuah yang pekat
1 biji bawang holland – dicincang / dikisar
1 kiub pati ayam – boleh lebihkan
1 cawan air – boleh lebihkan
3 sudu makan mentega / marjerin
2 sudu makan sos lada hitam – tak guna pun tak mengapa
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap – untuk warna
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dan masukkan bawang serta lada hitam hingga naik bau.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
Seterusnya masukkan air dan kiub pati ayam. Tambahkan kicap untuk mendapatkan warna yang kita mahu.
Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Masak hingga pekat.
Sedia untuk digunakan.
3. SOS CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
10 biji lada besar ( cili merah)
5 biji cili padi merah – kalau nak pedas boleh lebihkan
3-5 ulas bawang putih
1 cawan gula – boleh lebih dan kurangkn jika mahu
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air. Tujuan untuk memekatkan sos.
Sedikit garam – ikut citarasa
2 sudu makan cuka – nak rasa masam boleh lebihkan
4 cawan air
CARA MEMASAK:
Kisar cili/lada bersama bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambahkan gula. Sebatikan.
Kemudian masukkan cuka, garam, air dan bancuhan tepung jagung. Kacau laju-laju hingga berkilat dan pekat.
Rasa sos ikut kemanisan yang dikehendaki. Setelah semuanya ok, padamkan api. Sedia untuk digunakan.