Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit siap masak ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
Ads
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Ads
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
Ads
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Apabila hendak menjamu para tetamu yang berkunjung ke rumah, tentu anda ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa untuk mereka. Misalnya pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja.
NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
1 batang serai | titik
4cm halia |mayang halus
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya
Cara memasak:
Rendam beras sejam. Toskan.
Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
3 cawan air rebusan daging kambing
1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan kismis
1 biji bawang besar | dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang kasar
Garam secukupnya
Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Tidak memerlukan lauk lain
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
2 cawan air
2 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar|mayang halus
3 ulas bawang putih|kisar
2cm halia|kisar
2cm kunyit hidup| kisar
1 batang serai | ketuk
2 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH):
1 ekor ayam |belah empat
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tomato puri
1 biji bawang besar | kisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging| potong kiub besar
4 cawan beras basmathi| basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia|kisar
CARA MEMASAK:
Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Arab
Keistimewaan : Penuh perisa
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
3 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
6 batang serai|ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
4cm halia muda | mayang halus
1 labu bawang besar|kisar halus
4 ulas bawang putih|kisar halus
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Masukkan beras dan air.
Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi|rendam dan toskan
2 keping isi ikan merah|potong dadu
3 cawan susu cair
½ cawan air
2 helai daun pandan | siat dan simpul
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan marjerin
Tepung jagung secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih |mayang halus
3cm halia muda|mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
NASI KAPITAN TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basuh dan toskan
2 cawan air
1 ½ cawan susu cair
2 sudu makan tomato puri
2-3 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
4 ulas bawang merah| mayang halus
2 ulas bawang putih| mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.
Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.
Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.
Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Kapitan
Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
NASI KARI HIJAU THAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi
2 cawan susu cair
1 cawan air rebusan sayur/ayam
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan pes kari hijau Thai
1 labu bawang besar | mayang halus
2 helai daun pandan |siat & simpul
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak jagung di dalam kuali lalu tumis bawang besar hingga agak perang.
Masukkan pes kari hijau thai berserta sesudu makan air, tumis hingga pes masak dan tutup api.
Di dalam periuk, masukkan beras, susu cair, air rebusan sayur/ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Tuangkan pes kari hijau Thai yang telah ditumis tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan didihkan hingga nasi masak.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma pes kari hijau Thai yang unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama pelbagai lauk kegemaran.
NASI KERABU PELBAGAI ULAM
BAHAN-BAHAN NASI:
2 cawan beras basmathi
2 cawan air perahan campuran daun/herba*
1 cawan air
Garam secukup rasa
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
2 helai daun pandan
1 helai daun lengkuas
1 helai daun kunyit
3sm kunyit hidup
1 batang serai
3cm halia
BAHAN-BAHAN ULAM:
Daun pegaga
Daun selom
Daun Selasih
Ulam Raja
Kacang Botol/Kacang Panjang
Tauge
Kubis
Cili merah
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam periuk.
Masak hingga tanak.
Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
NASI KETUMBAR KURMA
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan pes kurma dan ketumbar*
¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
1 labu bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | mayang halus
Garam dan gula perang secukupnya
Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan.
Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak.
Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
NASI KOSHARY RINGKAS
BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi| basuh dan toskan
4 cawan air rebusan ayam/daging
½ cawan tomato puri
½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi
4 ulas bawang merah |mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Arab
Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Jika suka, boleh juga ditambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih.
NASI KUNYIT HALBA
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halba
1 batang serai|titik
3cm halia| mayang halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam.
Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.
Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.
NASI PERANG JAGUNG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras perang | basuh dan toskan
2 cawan susu cair
1 cawan air
½ cawan jagung (dalam tin)
3 sudu makan mentega
1 labu bawang besar | mayang halus
3sm halia | mayang halus
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan| siat & simpul
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
Masukkan daun pandan dan beras.
Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.
Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.
NASI TUMIS BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
3 cawan santan pekat
½ cawan air
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang merah| mayang halus
3 ulas bawang putih | mayang halus
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3cm halia| mayang halus
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing| potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang |belah empat
2 biji tomato| potong bulat
1 batang lobak merah|potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng| untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Turki
Keistimewaan : Rasa daging kambing
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
Peminat tegar nasi ayam mesti suka kalau ayam yang dihidangkan sedap, rangup di luar dan lembut di dalam. Pasti mendapat pujian keluarga kalau sediakan ayam sebegini, rasa terliur boleh lah cuba buat untuk makan tengahari ni.
BAHAN-BAHAN:
(1 ) AIR UTK REBUSAN AYAM
Garam sikit
Gula lebih / madu maltose
Limau nipis
Kicap pekat(pastikan bila masuk kicap dalam air mndidih tu jangan terlalu banyak..agak2 warna air tu jadi mcm teh o nipis)
(2) Ayam bulat seekor
CARA MEMASAK:
Didihkan air masukkan bahan-bahan no.1
Dah mendidih rebus ayam seekor tadi selama 4 minit
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam tadi nampak kering, kalau nak cepat kering kulit ayam tu kipaskn atau jemur dalam 15minit macam tu..
Ok cara paling baik untuk goreng sebaiknya pakai minyak yang banyak sekurang2 boleh tenggelamkan seluruh badan ayam tu
Panaskan minyak selama 15min dengan kadar api sederhana jangan terlalu kuat jangan terlalu perlahan..
Minyak dah panas masukkan ayam tadi & set masa 15-18min untuk seekor ayam tu..dah siap angkat ayam toskn minyak..selepas tu boleh potong & sedia dihidangkan..
Selamat mencuba kawan2..kita berkongsi ilmu yg ada je
Lebihan roti gardenia dah nak expired.Tak tahu nak buat apa? Ini salah satu menu yang boleh cuba untuk buat makan-makan bersama family.Hidang pula dengan kopi panas sebagai pelengkap hidangan.
CARA MEMASAK: 1. Rendam roti yang dicarik-carik ke dalam air masak satu cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang) 2. Blender semua bahan yang bertanda * 2 minit. Masukkan bahan blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau rata. 3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang dah disapu dengan mentega. 4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180° (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 50-60minit / garing. Siap dihidang Kredit: Janna Hanie