Siapa yang suka makan jering, mesti ramaikan? Ulaman yang kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam, tetapi boleh dipelbagaikan jenis masakan dengan rasa yang sedap. Malahan jering juga kaya dengan kandungan nutrisi seperti Vitamin A, B, C , zat besi protein dan banyak lagi kebaikannya. Sayangnya di sebalik rasa sedap itu, bau jering agak kuat menyebabkan ramai tidak menyukainya. Jangan risau masalah bau boleh ditangani kalau korang ikut petua ini:-
Pilih Jering Tua
Untuk tujuan masak, Korang kena pilih jering tua, yang muda hanya sesuai untuk ulam. Pastikan juga jering tua yang korang pilih tu, tidak busuk atau ada tanda berlubang-lubang.
IKLAN
Rendam
Sebelum dimasak, jering hendaklah direndam terlebih dahulu sekurang-kurangnya enam jam. Atau paling baik, semalam sebelum sedia dimasak. Cara ini membantu mengurangkan bau kuat pada jering. Cara rendaman, korang boleh guna air ais atau campuran air kapur.
IKLAN
Rebus
Selepas direndam, jika masih kuat lagi baunya, korang boleh rebus pula dengan daun limau purut atau jambu batu hingga empuk. Cara ini dijamin boleh hilangkan bau jering yang kuat, juga kurangkan kandungan racun dalam jering, tetapi jangan rebus terlalu lama.
Memasak
IKLAN
Sebelum jering dimasak dengan menu kesukaan, korang boleh empukkannya dengan cara ketuk atau hiris nipis jering yang telah direndam atau rebus tadi. Tujuananya supaya bahan tumisan meresap masuk dan sebati dengan jering.
Dah baca? Senangkan, lepas ni korang boleh makan jering yang sedap ini tanpa rasa risau akan baunya yang kurang menyenangkan ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Korang kecewa dan marah tak bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Harap korang tak cepat putus asa, Ini RASA kongsikan cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur dan sempurna hasil gorenganya.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Kek pisang mempunyai tekstur yang lembut dan lembab. Oleh yang demikian, jangka hayatnya tidak terlalu lama dan mudah berkulat. Agak sayang dan membazir jika perkara ini terjadi. Maklumlah, walaupun hanya kek pisang, tenaga dan bahan mentah yang digunakan bukannya sedikit.
Ada cara mudah yang boleh anda praktikkan untuk memastikan kek pisang yang anda hasilkan tahan lama. Cara ini juga boleh dilakukan untuk menyimpan kek pisang yang dibeli. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
CARA SIMPAN KEK PISANG AGAR LAMBAT BERKULAT TANPA GUNA PENGAWET
Setelah kek masak, sejukkan sepenuhnya.
Masukkan kek pisang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di ruangan sejuk beku.
Jika anda ingin menikmatinya, keluarkan dari peti sejuk beku dan biarkan pada suhu bilik selama 1 jam.
Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan seketika. Hasilnya kek anda kekal enak dan tahan lebih lama.