Siapa yang suka makan jering, mesti ramaikan? Ulaman yang kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam, tetapi boleh dipelbagaikan jenis masakan dengan rasa yang sedap. Malahan jering juga kaya dengan kandungan nutrisi seperti Vitamin A, B, C , zat besi protein dan banyak lagi kebaikannya. Sayangnya di sebalik rasa sedap itu, bau jering agak kuat menyebabkan ramai tidak menyukainya. Jangan risau masalah bau boleh ditangani kalau korang ikut petua ini:-
Pilih Jering Tua
Untuk tujuan masak, Korang kena pilih jering tua, yang muda hanya sesuai untuk ulam. Pastikan juga jering tua yang korang pilih tu, tidak busuk atau ada tanda berlubang-lubang.
Rendam
Sebelum dimasak, jering hendaklah direndam terlebih dahulu sekurang-kurangnya enam jam. Atau paling baik, semalam sebelum sedia dimasak. Cara ini membantu mengurangkan bau kuat pada jering. Cara rendaman, korang boleh guna air ais atau campuran air kapur.
Rebus
Selepas direndam, jika masih kuat lagi baunya, korang boleh rebus pula dengan daun limau purut atau jambu batu hingga empuk. Cara ini dijamin boleh hilangkan bau jering yang kuat, juga kurangkan kandungan racun dalam jering, tetapi jangan rebus terlalu lama.
Memasak
Sebelum jering dimasak dengan menu kesukaan, korang boleh empukkannya dengan cara ketuk atau hiris nipis jering yang telah direndam atau rebus tadi. Tujuananya supaya bahan tumisan meresap masuk dan sebati dengan jering.
Dah baca? Senangkan, lepas ni korang boleh makan jering yang sedap ini tanpa rasa risau akan baunya yang kurang menyenangkan ini.